salam kata semua; selamat hari ahad; semalam aku mencutikan diri aku dari menulis blog sebabnya nak siap kerja sekolah aku yang dah bertingkat-tingkat macam rak-rak dekat pasar raya;
walaupun kerja sekolah aku masih lagi banyak, tapi kali ni aku terpanggil nak tulis entri pasal artikel yang aku baca dari KOSMO semalam (tarikh 06/08/10);
.
.
.
korang layan dulu artikel ni okay (kredit untuk www.kosmo.com.my);
.
.
.
Sampai terlupa makan dan minum
.
.
.
.
.
.
Sampai terlupa makan dan minum
KETIKA umurnya tujuh tahun, Rasyidah Othman seperti biasa dibawa oleh ibunya, Noraisah Andin, ke kedai buku yang berhampiran dengan kediaman mereka di Bukit Merah, Singapura.
Tujuan mereka mengunjungi kedai tersebut adalah untuk membeli buku-buku latihan dan alat tulis buat keperluan persekolahan Rasyidah.
Namun, dalam kunjungan kali itu, telah berlaku satu peristiwa yang benar-benar membuka mata Noraisah.
Setelah selesai membeli barangan dalam senarai, dua beranak itupun mula beredar pulang. Namun, hati si ibu yang gembira jadi tidak keruan apabila alat pengesan di pintu keluar itu tiba-tiba berbunyi kuat.
Setahu Noraisah, bayaran bagi semua barangan telah pun dilunaskan. Ekoran situasi itu, pengawal keselamatan dan pengurus kedai tersebut bergegas mendekati untuk memeriksa beg-beg plastik yang berisi item pembelian mereka.
Setelah diperiksa semuanya termasuk beg tangan Noraisah, masih tiada barangan belum dibayar yang ditemui.
Pengawal keselamatan itu meminta kebenaran untuk memeriksa Rasyidah dengan bertanya, “Adik ada ambil apa-apa dari kedai ini?”
Naif dengan situasi itu, Rasyidah dengan jujur mengeluarkan sebuah buku yang disorok di dalam baju-T yang dipakainya hari itu. Sebuah buku ilustrasi berwarna, Alice In The Wonderland, yang menjadi kegemarannya itu dipulangkan.
“Mujur perbuatan itu dianggap sebagai sesuatu yang lucu bagi pengawal berkenaan. Dua beranak itu dilepaskan atas budi bicara pengurus kedai,” terang Rasyidah yang kemudiannya bermastautin bersama keluarganya di Johor Bahru.
Menurut penuntut jurusan kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor itu, sungguhpun dilepaskan tanpa sebarang masalah, insiden kecil itu menimbulkan kemarahan ibunya kerana menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai.
Ternyata, insiden tersebut membuktikan betapa obses Rasyidah terhadap aktiviti membaca buku sejak kecil.
Rasyidah yang kini berusia 23 tahun memberitahu, kejadian tersebut membuatkan ibunya jarang sekali menolak permintaannya untuk membeli buku.
“Pada masa yang sama, ibu saya lebih berwaspada. Bimbang saya ’mencuri’ lagi,” ujarnya berseloroh.
Gadis itu mengakui rutin hariannya dirasakan tidak lengkap jika tidak menyentuh buku ataupun membacanya.
“Kalau tidak sempat meluang masa untuk membaca, dapat menghidu bau-bau kertas buku-buku pun memadai buat saya.
“Gadis muda lain yang seusia saya mungkin obses terhadap fesyen, kosmetik dan gajet berteknologi tinggi. Tetapi saya lebih rela membelanja duit untuk membeli buku-buku sebab ia lebih bernilai,” kata anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu.
Dia juga mengakui, keghairahan dan minat terhadap amalan membaca itu secara tidak langsung dipupukt ibunya.
“Ibu akan memenuhkan ruang kosong rak-rak di rumah dengan pelbagai jenis bahan bacaan kanak-kanak sewaktu saya kecil,” imbasnya yang menyimpulkan bahawa minat membaca itu wujud secara semula jadi tanpa sebarang paksaan ibu bapanya.
Rasyidah yang bersifat pendiam itu juga memberitahu bahawa ibunya yang berkhidmat sebagai guru, gemar membawanya ke perpustakaan sekolah tempat dia mengajar.
“Mungkin ibu mahu membiasakan saya dengan persekitaran sebegitu,” ulasnya.
RM300 sebulan
Sehingga hari ini, jikalau ada waktu lapang dia lebih selesa berkunjung ke kedai buku di ibu kota dan sanggup berbelanja sehingga RM300 setiap bulan semata-mata untuk membeli buku-buku kegemarannya.
“Koleksi buku saya kini telah mencecah kepada 800 buah buku. Banyak yang disimpan di dalam kotak kerana tiada tempat yang cukup untuk menyusunnya,” kata Rasyidah.
Mengakui menghabiskan sehingga 10 buah buku sebulan, Rasyidah menggemari genre bacaan falsafah, kesusasteraan Inggeris, sastera dan biografi. Sewaktu kecil, dia juga membaca buku bertema fiksyen dan fantasi.
‘Ulat buku’ ini berpendapat, pendedahan kepada buku-buku berunsur kesusasteraan Inggeris amat berguna kerana dapat menghayati kisah-kisah tersohor dunia yang penuh dengan elemen menarik. Selain memperbaiki perbendaharaan kata, karya-karya itu memberi inspirasi untuknya dalam bidang penulisan.
Mengenai buku-buku falsafah pula, Rasyidah sering tertarik dengan penulisan ahli falsafah Denmark, Soren Kierkegaard. Ahli falsafah itu dinilainya sebagai tokoh yang bijak berbicara tentang nilai estetika, etika dan agama yang berkait rapat dengan realiti kehidupan.
Peminat novel Pride and Prejudice dan Frankenstein itu juga begitu mendalami soal bahasa. Jelas sekali Rasyidah menerima ganjaran daripada penghayatan tersebut apabila dia semakin fasih berbahasa Perancis dan Arab selain bahasa Inggeris dan bahasa ibundanya.
“Saya bercita-cita untuk menghasilkan buku sendiri pada masa hadapan yang menyentuh topik seksualiti. Ia jarang sekali dibukukan oleh penulis tempatan,” ujarnya.
‘Terperap’ dalam bilik
Pertemuan Kosmo! dengan Rasyidah turut ditemani seorang sahabat baiknya, Ahmad Shafiq Ab. Halim, 23.
Juga berkongsi minat yang sama dengan Rasyidah, beliau yang mesra dengan panggilan Shafiq itu mengakui bahawa dia sanggup ’terperap’ dalam bilik tanpa makan dan minum semata-mata kerana hendak menghabiskan membaca buku-buku yang dibeli.
Sungguhpun, minat terhadap membaca buku bermula sejak kanak-kanak, Shafiq menyedari dirinya semakin obses dengan buku setelah memasuki universiti dan bergaul dengan rakan -rakan yang turut giat dengan aktiviti itu.
Anak kelahiran Kelantan yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu biasanya menyimpan 10 peratus daripada duit biasiswa untuk membeli buku-buku kegemaran.
“Seleksi buku yang digemari adalah refleksi personaliti seseorang. Sama ada individu tersebut kuat berimaginasi, bervisual, berfalsafah, berpegang kepada realiti mahupun seorang yang gemar bersastera.
“Amalan membaca bukan sahaja menambah pengetahuan tentang banyak perkara tetapi menjadikan seseorang lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitarannya,” terangnya yang menghabiskan kira-kira 15 buah buku sebulan.
Tambahnya, kadangkala watak-watak yang diceritakan dalam novel fiksyen ataupun biografi mencerminkan peribadi dan kehidupan seseorang mahupun masyarakat di sekelilingnya.
“Selain menyampaikan pengajaran kepada pembaca, ia juga memberi ketenangan jiwa dan melatih diri agar lebih fokus dalam setiap perkara yang dilakukan,” katanya.
Shafiq juga menafikan tanggapan amalan membaca mungkin menyekat aktiviti sosial seseorang.
Dia menjelaskan, pengetahuan yang diperoleh daripada membaca tentang isu-isu semasa, politik, ekonomi dan sosial lebih mendekatkannya dengan masyarakat pelbagai lapisan usia.
Anak sulung daripada lapan orang adik-beradik itu kini giat menyertai kumpulan yang obses terhadap amalan membaca untuk bertukar-tukar idea.
Lanjutan daripada minat membacanya itu, Shafiq tidak melepaskan peluang untuk berjinak-jinak dalam bidang penulisan.
Awal tahun ini, dia berjaya menghasilkan sebuah buku himpunan cerpen yang menyentuh pelbagai isu remaja. Buku kompilasi yang hanya dicetak sebanyak 100 naskhah itu memuatkan hasil tulisan Shafiq dan juga rakan-rakannya.
.
.
.
so apa pendapat korang semua?. pada aku kedatangan artikel ni memang sangat kena dengan diri aku, tapi yang bezanya aku lebih tertumpu pada bacaan Melayu fiksyen macam novel, dan sastera Melayu;
tapi boleh dikatakan semua genre lain pun aku baca contoh; motivasi, falsafah, dan banyak lagi; bacaan Inggeris pun jadi pilihan cumanya kalau aku nak baca buku Inggeris ni merangkak la sikit, dan kamus memang sentiasa jadi teman setia :);
sebenarnya, aku minat membaca dari kecil, tapi lebih serius bila masuk sekolah menengah dan lagi lebih serius bila masuk universiti;
setakat ni koleksi buku yang aku dah kumpul dalam lebih dari 80buah;
biasanya aku lagi hardcore membaca bila aku cuti semester;
kalau dah cuti tu average buku yang aku baca lebih dari 3 buah seminggu;
aku pulak yang jenis prefer beli sendiri, sebabnya aku akan baca sebuah buku tu berulang-ulang kali;
secara tak sedarnya lagi, sejak aku membaca banyak benda yang dari aku tak tau jadi tau, korang boleh belajar macam-macam dari sebuah buku, tak kira apa-pun genre buku yang korang baca;
so, kalau korang ada buku-buku yang menarik nak kongsi, sangatlah di alu-alukan ok :)
akhir sekali;selamat membaca;
4 comments:
angah ko nak baca novel online tak...nukilan penulis blog macam ko juga...kalo nak pergi web ni bacalah...tak tahulah ko dah pernah pergi ke x ak just nak g tau ko ni....^__^
ko klik lah Bawah ni...
Aksara Keraian
Berita terbaru dari blog saya:
hARAP MAKLUM sUMIMASEN
Wah sampai sudah...!!^__^
Songs : Maher Zain feat Irf - Allahi Allah Kiya Karo
hoho..aku tak penah lagi lawat blog ni
thanx for ur info okay :)
membaca buku itu amalan orang cool. hehe.
haha;ye ke?
Post a Comment