Pages

Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

February 24, 2011

JELAS;

salam;
.
.
jelas sekali dalam lingkaran kehidupan banyak pekara separa sedar yang buat kita kurang jelas;
kurang jelas atas dasar kita yang tidak mahu faham atau sebenarnya kita cuba untuk tidak faham, dan pada aku lebih denotasi bila katakan ada pekara yang tidak ada penjelasannya atau tidak perlu tahu penjelasannya;
.
.
merenung kembali pada lewat sekian garis kehidupan, sebab perlu lebih banyak pekara jelas buat hidup lebih kompleks, atau aku memangnya sang pemalas yang tidak mahu penjelasan terutama bila yang terlibat adalah kehidupan masa yang terlangkah ke belakang;
.
.
penjelasan yang memberi definisi luas yang terakibat perasaan bila mana libat kuasa silam yang pedih dan perit dan bila hubung dengan hati yang mudah rapuh dan kecai ia akan mudah terlerai;
.
.
ada manusia yang lebih senang bila kenal dengan manusia lain yang ingin tahu corak dan grid kehidupan dari sejak azali sampai apa yang terpegang kini; pada aku, lebih senang dengan apa yang tersaksi depan dua bebola mata aku;
.
kenal penjelasan dari buah butir orang lain, adalah sama sekali mahu terdasar kesahihan teramat sukar, 
terkadang yang melebih sudu dari kuah terhimpun; manakala mendengar penjelasan dari si punya cerita ada juga tambah tolaknya; walaupun ada isi penjelasannya masih tersadai tetapi citranya sudah kelam kabut;
.
.
penjelasan pada yang berlaku terutama apa yang terkebelakang ada kalanya sangat di perlu kerana penjelasan itu selalu jadi kunci terus terang terutama dalam hubungan kerana kelak tidak mahu ada masalah yang mendatang; pekara yang selayaknya di beri penjelasan harus  dan wajib di beri penjelasan yang teliti dan terperinci;
.
ada juga manusia yang sering lakukan sesuatu tanpa ada penjelasan yang mutlak dan pada aku apa yang sedang berlaku, sudah atau akan berlaku sememangnya sudah ada penjelasan yang tersendiri kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segalanya berbanding kita hamba yang hina;
.
.
sekian;
.
.:wassalam.:.

nota kaki;
 terima kasih pada semua yang datang :);

February 11, 2011

JAR OF HEARTS :);

salam readers;
.
lagi entri sebelum tidur;
.
layan cover version jar of hearts by maddi jane;
.
.
serius super cool smp seram aku dengar sebab suara dia serius best;
.
dan dia memang super talented :);
.
.

.
.
.
dan sila layan dengan hayati lirik dia ;);
.
.
memang feeling eh :);
.
hehe :);
.
.
ada banyak lagi cover version by maddi jane ni, aku dah tengok semua;
.
suara dia best betul :);
.
kalau, korang nak dengar yang lain klik dekat nama tu okay :)
.
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
insyallah, kembali pada entri berjiwa :);

February 10, 2011

ROFL:TYPICAL LOCAL FILM/DRAMA SCENES BY MATLUTHFI90;

salam readers;
.
.
pagi ni, aku ternampak satu link ni;
.
then bila aku  klik ternampak video ni;
.
.
kelakar gila, aku dengan room mate aku berguling-guling gelak;
.
.
.
(kredit youtube: pemilik video matluthfi90)
.
untuk lebih banyak video, klik pada nama tu okay :);
.
best.best, aku bakal khatam semua video dia ni :);
.
super best;
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki:
:);

September 24, 2010

SANG PENASIHAT CINTA SETIA;

salam semua readers;
hoho;
sang penasihat cinta setia;
tajuk entri aku;
.
.
aku rasa aku boleh tambah status ni;
selain seorang, anak, pelajar, hamba kepada pencipta;
dan banyak lagi status diri;
mungkin aku juga seorang penasihat cinta;
walaupun aku bukanlah seorang pencinta;
lebih tepat=single;
(kredit:weheartit)
.
.
adeii;
poyo lak eh;
 aku sentiasa jadi tempat rujukan nasihat kalau;
orang baru nak bercinta;
baru putus cinta;
ada masalah dalam bercinta;
dan apa yang berkaitan;
(kredit:weheartit)
.
.
frankly speaking;
serius aku tak penah rasa terbeban;
aku best je dapat kongsi pengalaman;
at least aku boleh gunakan pengalaman tu untuk diri aku;
apa yang aku boleh tolong, aku tolong;
(kredit:weheartit)
.
.
erm, tadi baru je kawan aku call cerita satu masalah dia;
apa yang aku boleh cakap;
.
.
sayang orang yang sayang kita, berbanding kita cuba nak sayang orang;
pasal feeling tu insyallah kalau di pupuk ada;
solat sunat istikharah;
mintak petunjuk dariNya;
sebab yang paling terbaik adalah itu;
insyallah;
.
.
kalau dah tak boleh, insyallah ada lagi yang baik untuk kita;
chill okay babe;
(kredit:weheartit)
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
peliknya aku tak pandai selesai masalah sendiri;
dan;
(kredit:weheartit)

August 26, 2010

SAYA DAN AWAK;

salam semua readers;
alhamdulillah dah lepas dah interview;
sekarang tinggal keje yang bertimbun je;
insyallah before,pulang kampung halaman, siapkan;
hehe..;
aku nak kongsi dengan korang satu video;
enjoy okay;

(kredit:youtube;anamuslim12345);
.
.
sekian;
.:.wassalam.:.

nota kaki;
melupakan juga kadang benda paling baik;

August 15, 2010

KAPAL TERBANG KERTAS ITU;

salam kata;
hari ni aku nak sediakan satu entri yang berbaur emosi;
saja nak feeling2 sikit tengah hari ni;
cerita ni dah lama sebenarnya;
.
.
entri bermula dengan;
.
seorang perempuan duduk dekat atas bench berhampiran dengan playground;
sambil tu dia lihat kanak-kanak bermain;
seronok jadi kanak-kanak;
tak payah fikir apa-apa;
dia alih pandangan ke kiri;
dia terpandang sepasang kanak-kanak tepi longkang;
yang lelaki pakai baju Ultraman;
yang perempuan pakai dress pink;
budak lelaki tu macam nak ambil satu benda dalam longkang;
yang budak perempuan jenguk-jenguk takut;
dia bangun dan pergi pada sepasang kanak-kanak tu;
rupa-rupanya kapal terbang kertas dia orang jatuh dalam longkang;
dia tolong ambilkan;
bila dia dah ambilkan mereka dah tak nak sebab kapal terbang kertas tu dah separa basah;
dia pandang kapal terbang kertas dalam pegangan tangan dia;
kapal terbang kertas itu ingatkan dia tentang satu cerita;
.
,
cerita tentang dua orang yang berbeda jantina;
dan kapal terbang kertas juga;
.
lelaki ini Z dan perempuan A;
sang lelaki dan sang perempuan yang berkawan baik sejak umur angka tujuh;
mereka pergi sekolah yang sama; 
mengaji tempat yang sama;
main teng-teng sama-sama;
kalau main masak-masak A jadi emak, Z jadi ayah;
kalau Z main bola, A jadi cheerleader;
.
perkenalan dengan hanya sekeping kertas yang belah dua;
terus tukar jadi teman, sahabat, rakan, kawan dan segala kata yang sinonim;
.
.
cerita bermula dalam darjah satu;
A pindah sekolah Z sebab ayah A kena tukar tempat kerja;
lepas je ayah A hantar dekat pintu kelas;
cikgu suruh A duduk sebelah Z;
sebab itu je tempat kosong yang ada;
A tak kisah duduk dengan lelaki;
adik beradik dia pun semua lelaki;
.
.
first day masuk sekolah, A hanya bawa diri, dan beg kosong leper;
yang ada kotak pensel je;
cikgu pun tak kisah sebab itu hari pertama dia;
A dengar cikgu mengajar;
dan Z ajak A kongsi buku teks;
.
.
hari tu ada subjek pendidikan seni;
cikgu ajar buat origami;
buat sampan;
buat burung;
buat katak;
buat kapal terbang;
lepas tu cikgu suruh buat origami masing-masing;
.
.
A pandang kiri kanan, semua orang dah mula buat origami sendiri;
Z tengok A;
dia tau yang A tak da kertas;
dia belah dua kertas dia;
sebelah dia bagi A;
A ucap terima kasih;
dan mula buat origami;
.
.
habis pendidikan seni;
A pulangkan balik separuh kertas tu;
tapi dah jadi bentuk kapal terbang;
A cakap ini tanda ucapan terima kasih;
sebab kertas ni;
atas kejadian itu mereka jadi kawan;
yang sangat akrab;
.
.
masa terus berlalu, akhirnya tak sedar mereka jadi teman sebelah;
dari darjah satu sampai darjah enam;
.
habis sekolah rendah;
mereka berdua dapat keputusan cemerlang dalam UPSR;
Z dapat MRSM, A pula dapat sekolah sains;
tapi mereka decide nak terus sama-sama;
pergi sekolah menengah yang sama;
.
bila masuk tingkatan satu;
mereka masih satu kelas yang sama;
dan masih lagi duduk berdua;
tapi bila masuk sekolah menengah;
persepi remaja dah lain;
bila rapat berdua berlainan jantina;
mesti orang cakap couple;
hakikatnya mereka kawan baik;
sebab tak nak orang cakap bukan-bukan mereka tukar tempat duduk;
masih sebelah menyebelah tapi bezanya terpisah dengan satu laluan;
.
.
mereka terus macam tu sampai tingkatan lima;
akhirnya dah SPM
.
.
last paper SPM, sebelum balik rumah;
dia orang janji nak jumpa untuk kali terakhir;
sebabnya A nak pindah;
.
.
habis je, last paper A rushing balik;
sebab dia nak tolong family dia kemas barang;
tapi dia teringat janji dia dengan Z;
dia tunggu Z dekat tempat biasa;
.
.
lepas dua jam tunggu, Z tak datang;
dia rasa marah;
tapi dalam masa yang sama dia tak sedap hati;
dia balik macam tu;
.
.
sampai dekat rumah mama bagi tau yang Z accident;
A terpaku;
ni jawapan kenapa dia rasa tak sedap hati;
dia terduduk;
air mata mengalir;
.
.
mereka sekeluarga bergegas pergi hospital;
sampai hospital;
mama Z bagi tau yang Z dah kritikal;
kemudian mama Z hulur pada A sekeping kertas;
bentuk kapal terbang;
yang ada kesan darah;
mama Z cakap Z genggam kertas ni, dan sebuat nama A;
dia kenal kertas itu;
kapal terbang kertas yang dia bagi waktu mula-mula dia orang kenal dulu;
sepuluh tahun dulu;
dia bukak kertas tu;
dan dia ternampak satu conteng yang tulis;
.
.
kau lebih dari seorang kawan;
aku sayang kau;
 .
.
air mata A mengalir laju;
A tau;
dia pun rasa benda yang sama;
tapi sebabkan mereka dah macam adik beradik;
dia abaikan rasa itu;
.
.
tiba-tiba doktor bawak khabar yang Z koma;
pandangan A gelap, dia rebah, tapi masih genggam kapal terbang kertas tu;
 .
perempuan tadi rasa, peha dia di cuit;
sekaligus mematikan segala kisah yang berputar dalam otak;
dia pandang bawah;
budak lelaki baju Ultraman dan budak perempuan dress pink tadi;
budak perempuan dress pink hulur dia satu kertas;
bentuk kapal terbang;
budak lelaki itu, tunjuk arah kanan;
kemudian mereka terus lari;
perempuan tu menoleh;
ada satu figura;
.
dia kenal lelaki itu;
dia senyum;
lelaki itu menuju arah perempuan itu;
sampai depan perempuan tu dia hulur lagi kapal terbang kertas;
tapi kali ni kapal terbang kertas yang conteng;
Z sayang A sampai bila-bila;

.:. wassalam.:.

nota kaki;
kalau ada jodoh tak kemana;




August 13, 2010

BUAH TAMAR;

salam ramadhan; hari ni dah masuk tiga ramadhan umat Islam berpuasa;
semalam waktu aku bukak puasa, waktu aku nak teguk air tembikai semalam;
tiba-tiba kotak fikiran aku terjengah dekat rumah (acece), apa la agaknya family aku makan (sedih plak);
mesti best-best (bertambah sayu);
aku pandang nasi dalam pinggan; syukur la aku dapat makan, orang lain tu lain lagi la;
 aku teringat time nak bukak puasa dekat rumah, sebelum aku nak teguk air macam aku tak dapat minum seminggu mesti mak aku cakap makan kurma dulu;
sunat;
so, entri kali ni aku nak cerita pasal buah kurma serba sedikit hasil pembacaan aku
.
.
.
buah kurma atau dalam bahasa arab di sebut buah tamar dan bahasa saintifiknya phonex dactylifera adalah sejenis tumbuhan palma;
ehsan: google
.
.
aku rasa ramai yang dah tahu rasa buah kurma tu sendiri, kurma ni memang rasanya manis dan buah kurma ni sangat tahan lama dan memang banyak khasiat yang telah di buktikan;
.
.
kepentingan buah kurma berdasarkan sepotong hadis Nabi S.A.W yang bermaksud;
"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan"
buah kurma juga adalah makanan/buah kegemaran Rasulullah S.A.W;
ehsan: google
.
.
terdapat  banyak khasiat dalam buah kurma antaranya;
kaya dengan protein;
kaya dengan gula;
kaya dengan serat;
kaya dengan vitamin A dan C;
kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Sodium, dan Potasium;
dan terdapat banyak lagi khasiat buah kurma;
.
.
sebenarnya ada banyak lagi cerita mengenai buah kurma, yang aku, apa yang aku tulis adalah serba sedikit dari hasil bacaan aku;
sumber bacaan (kredit: pakarhowto.com &www.tayibah.com);
sekian.

.:.wassalam.:.

nota kaki;
tak dapat rasa lagi makan buah kurma ramadhan kali ni;

August 12, 2010

SUNAT TARAWIH;

salam ramadhan semua;
jika pada sebelah siang kita semua berpuasa, waktu malam pula kita akan menunaikan solat tarawih;
bercakap pasal tarawih, aku nak kongsi dengan korang sikit mengenai tarawih;
.
.

(kredit untuk ms.wikipedia.org)
.

erti tarawih ialah  bersenang-senang atau beristirehat;
solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas fardhu Isya';
biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih dan membaca zikir
ataupun doa sebelum di sambung semula dengan empat rakaat lagi; sehingga cukup 8 ataupun 20 rakaat;
tarawih juga di sebut dengan Qiyamu Ramadhan;
solat tarawih di kerjakan setelah mengerjakan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam;
.
.
niat solat tarawih

maksudnya: sahaja aku sembahyang tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
.
.
sekian.

.:.wassalam.:.



nota kaki;
yang buruk datang dari aku sendiri;
yang baik semuanya datang dari Dia;

August 11, 2010

DIA DATANG LAGI

salam ramadhan semua; 
rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua;
semoga bulan ramadhan ini memberikan seribu rahmat dan ketenangan pada kita semua;

ehsan: pakcik Google

:.wassalam.:.

nota kaki;
jangan lupa terawih ok :)

August 08, 2010

OBSESI;

salam kata semua; selamat hari ahad; semalam aku mencutikan diri aku dari menulis blog sebabnya nak siap kerja sekolah aku yang dah bertingkat-tingkat macam rak-rak dekat pasar raya;
walaupun kerja sekolah aku masih lagi banyak, tapi kali ni aku terpanggil nak tulis entri pasal artikel yang aku baca dari KOSMO semalam (tarikh 06/08/10);
.
.
.
korang layan dulu artikel ni okay (kredit untuk www.kosmo.com.my);
.
.
.
Sampai terlupa makan dan minum





KETIKA umurnya tujuh tahun, Rasyidah Othman seperti biasa dibawa oleh ibunya, Noraisah Andin, ke kedai buku yang berhampiran dengan kediaman mereka di Bukit Merah, Singapura.
Tujuan mereka mengunjungi kedai tersebut adalah untuk membeli buku-buku latihan dan alat tulis buat keperluan persekolahan Rasyidah.
Namun, dalam kunjungan kali itu, telah berlaku satu peristiwa yang benar-benar membuka mata Noraisah.
Setelah selesai membeli barangan dalam senarai, dua beranak itupun mula beredar pulang. Namun, hati si ibu yang gembira jadi tidak keruan apabila alat pengesan di pintu keluar itu tiba-tiba berbunyi kuat.
Setahu Noraisah, bayaran bagi semua barangan telah pun dilunaskan. Ekoran situasi itu, pengawal keselamatan dan pengurus kedai tersebut bergegas mendekati untuk memeriksa beg-beg plastik yang berisi item pembelian mereka.
Setelah diperiksa semuanya termasuk beg tangan Noraisah, masih tiada barangan belum dibayar yang ditemui.
Pengawal keselamatan itu meminta kebenaran untuk memeriksa Rasyidah dengan bertanya, “Adik ada ambil apa-apa dari kedai ini?”
Naif dengan situasi itu, Rasyidah dengan jujur mengeluarkan sebuah buku yang disorok di dalam baju-T yang dipakainya hari itu. Sebuah buku ilustrasi berwarna, Alice In The Wonderland, yang menjadi kegemarannya itu dipulangkan.
“Mujur perbuatan itu dianggap sebagai sesuatu yang lucu bagi pengawal berkenaan. Dua beranak itu dilepaskan atas budi bicara pengurus kedai,” terang Rasyidah yang kemudiannya bermastautin bersama keluarganya di Johor Bahru.
Menurut penuntut jurusan kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor itu, sungguhpun dilepaskan tanpa sebarang masalah, insiden kecil itu menimbulkan kemarahan ibunya kerana menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai.
Ternyata, insiden tersebut membuktikan betapa obses Rasyidah terhadap aktiviti membaca buku sejak kecil.
Rasyidah yang kini berusia 23 tahun memberitahu, kejadian tersebut membuatkan ibunya jarang sekali menolak permintaannya untuk membeli buku.
“Pada masa yang sama, ibu saya lebih berwaspada. Bimbang saya ’mencuri’ lagi,” ujarnya berseloroh.
Gadis itu mengakui rutin hariannya dirasakan tidak lengkap jika tidak menyentuh buku ataupun membacanya.
“Kalau tidak sempat meluang masa untuk membaca, dapat menghidu bau-bau kertas buku-buku pun memadai buat saya.





“Gadis muda lain yang seusia saya mungkin obses terhadap fesyen, kosmetik dan gajet berteknologi tinggi. Tetapi saya lebih rela membelanja duit untuk membeli buku-buku sebab ia lebih bernilai,” kata anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu.
Dia juga mengakui, keghairahan dan minat terhadap amalan membaca itu secara tidak langsung dipupukt ibunya.
“Ibu akan memenuhkan ruang kosong rak-rak di rumah dengan pelbagai jenis bahan bacaan kanak-kanak sewaktu saya kecil,” imbasnya yang menyimpulkan bahawa minat membaca itu wujud secara semula jadi tanpa sebarang paksaan ibu bapanya.
Rasyidah yang bersifat pendiam itu juga memberitahu bahawa ibunya yang berkhidmat sebagai guru, gemar membawanya ke perpustakaan sekolah tempat dia mengajar.
“Mungkin ibu mahu membiasakan saya dengan persekitaran sebegitu,” ulasnya.
RM300 sebulan
Sehingga hari ini, jikalau ada waktu lapang dia lebih selesa berkunjung ke kedai buku di ibu kota dan sanggup berbelanja sehingga RM300 setiap bulan semata-mata untuk membeli buku-buku kegemarannya.
“Koleksi buku saya kini telah mencecah kepada 800 buah buku. Banyak yang disimpan di dalam kotak kerana tiada tempat yang cukup untuk menyusunnya,” kata Rasyidah.
Mengakui menghabiskan sehingga 10 buah buku sebulan, Rasyidah menggemari genre bacaan falsafah, kesusasteraan Inggeris, sastera dan biografi. Sewaktu kecil, dia juga membaca buku bertema fiksyen dan fantasi.
‘Ulat buku’ ini berpendapat, pendedahan kepada buku-buku berunsur kesusasteraan Inggeris amat berguna kerana dapat menghayati kisah-kisah tersohor dunia yang penuh dengan elemen menarik. Selain memperbaiki perbendaharaan kata, karya-karya itu memberi inspirasi untuknya dalam bidang penulisan.
Mengenai buku-buku falsafah pula, Rasyidah sering tertarik dengan penulisan ahli falsafah Denmark, Soren Kierkegaard. Ahli falsafah itu dinilainya sebagai tokoh yang bijak berbicara tentang nilai estetika, etika dan agama yang berkait rapat dengan realiti kehidupan.
Peminat novel Pride and Prejudice dan Frankenstein itu juga begitu mendalami soal bahasa. Jelas sekali Rasyidah menerima ganjaran daripada penghayatan tersebut apabila dia semakin fasih berbahasa Perancis dan Arab selain bahasa Inggeris dan bahasa ibundanya.
“Saya bercita-cita untuk menghasilkan buku sendiri pada masa hadapan yang menyentuh topik seksualiti. Ia jarang sekali dibukukan oleh penulis tempatan,” ujarnya.


JENIS bahan bacaan yang dipilih boleh mencerminkan pemikiran dan peribadi seseorang pembaca.



‘Terperap’ dalam bilik
Pertemuan Kosmo! dengan Rasyidah turut ditemani seorang sahabat baiknya, Ahmad Shafiq Ab. Halim, 23.
Juga berkongsi minat yang sama dengan Rasyidah, beliau yang mesra dengan panggilan Shafiq itu mengakui bahawa dia sanggup ’terperap’ dalam bilik tanpa makan dan minum semata-mata kerana hendak menghabiskan membaca buku-buku yang dibeli.
Sungguhpun, minat terhadap membaca buku bermula sejak kanak-kanak, Shafiq menyedari dirinya semakin obses dengan buku setelah memasuki universiti dan bergaul dengan rakan -rakan yang turut giat dengan aktiviti itu.
Anak kelahiran Kelantan yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu biasanya menyimpan 10 peratus daripada duit biasiswa untuk membeli buku-buku kegemaran.
“Seleksi buku yang digemari adalah refleksi personaliti seseorang. Sama ada individu tersebut kuat berimaginasi, bervisual, berfalsafah, berpegang kepada realiti mahupun seorang yang gemar bersastera.
“Amalan membaca bukan sahaja menambah pengetahuan tentang banyak perkara tetapi menjadikan seseorang lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitarannya,” terangnya yang menghabiskan kira-kira 15 buah buku sebulan.


SHAFIQ (kiri) dan Rasyidah biasa berkongsi buku-buku yang mereka beli untuk meluaskan ilmu pengetahuan.



Tambahnya, kadangkala watak-watak yang diceritakan dalam novel fiksyen ataupun biografi mencerminkan peribadi dan kehidupan seseorang mahupun masyarakat di sekelilingnya.
“Selain menyampaikan pengajaran kepada pembaca, ia juga memberi ketenangan jiwa dan melatih diri agar lebih fokus dalam setiap perkara yang dilakukan,” katanya.
Shafiq juga menafikan tanggapan amalan membaca mungkin menyekat aktiviti sosial seseorang.
Dia menjelaskan, pengetahuan yang diperoleh daripada membaca tentang isu-isu semasa, politik, ekonomi dan sosial lebih mendekatkannya dengan masyarakat pelbagai lapisan usia.
Anak sulung daripada lapan orang adik-beradik itu kini giat menyertai kumpulan yang obses terhadap amalan membaca untuk bertukar-tukar idea.
Lanjutan daripada minat membacanya itu, Shafiq tidak melepaskan peluang untuk berjinak-jinak dalam bidang penulisan.
Awal tahun ini, dia berjaya menghasilkan sebuah buku himpunan cerpen yang menyentuh pelbagai isu remaja. Buku kompilasi yang hanya dicetak sebanyak 100 naskhah itu memuatkan hasil tulisan Shafiq dan juga rakan-rakannya.

.
.
.

so apa pendapat korang semua?. pada aku kedatangan artikel ni memang sangat kena dengan diri aku, tapi yang bezanya aku lebih tertumpu pada bacaan Melayu fiksyen macam novel, dan sastera Melayu;
tapi boleh dikatakan semua genre lain pun aku baca contoh; motivasi, falsafah, dan banyak lagi; bacaan Inggeris pun jadi pilihan cumanya kalau aku nak baca buku Inggeris ni merangkak la sikit, dan kamus memang sentiasa jadi teman setia :);
sebenarnya, aku minat membaca dari kecil, tapi lebih serius bila masuk sekolah menengah dan lagi lebih serius bila masuk universiti;
setakat ni koleksi buku yang aku dah kumpul dalam lebih dari 80buah;
biasanya aku lagi hardcore membaca bila aku cuti semester;
kalau dah cuti tu average buku yang aku baca lebih dari 3 buah seminggu;
aku pulak yang jenis prefer beli sendiri, sebabnya aku akan baca sebuah buku tu berulang-ulang kali;
secara tak sedarnya lagi, sejak aku membaca banyak benda yang dari aku tak tau jadi tau, korang boleh belajar macam-macam dari sebuah buku, tak kira apa-pun genre buku yang korang baca;
so, kalau korang ada buku-buku yang menarik nak kongsi, sangatlah di alu-alukan ok :)
akhir sekali;selamat membaca;

.:.wassalam.:.

nota kaki;
membaca itu jambatan ilmu;