Pages

Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

February 19, 2011

ROSAK;

salam readers;
.
.
baru la ada masa untuk mengupdate blog, di sebabkan dah mula kembali kuliah so keadaan agak tidak membenarkan masa memberikan lebih tumpuan;
.
.
.
lagipun, bad news nya dekat dua tiga hari en.laptop kesayangan tidak dapat berfungsi dengan timbang rasa nya sebab hard disk aku rosak;
.
.
dan selamat la melayang duit aku tukar hard disk baru, dan nasib baik la aku dah back up awal projek aku dekat dalam dvd dengan hard disk kalau tak memang nanges aku;
.
even laptop ni on warranty lagi tapi nak pergi center dia bukan senang, jauh dan perlu kos lagi campur penat lagi, so aku decide nak tukar sendiri je;
.
abang yang tukar hard disk aku ni siap cakap, aku dah guna laptop aku macam sepuluh tahun lepas tu dia cakap aku punya hard disk bila dia goncang dah tukar jadi habuk;
.
adeiii;
.
aku ni memang la suka rosak kan barang, kalau nak di ikutkan ni laptop kedua aku sebelum ni zaman diploma laptop aku lain, bila degree lain pulak;
.
.
dan sejenak mengimbas balik, aku rasa kalau barang-barang berkaitan dengan elektronik ke gadget ke confirm memang tangan aku tak tahan;
.
.
dulu aku suka rosak kan handphone seingat aku sepanjang dari tingkatan empat aku guna handphone rasanya dah berbelas kali aku tukar, dan  handphone kali ni baru la tahan;
.
dulu dalam masa setahun aku tukar dekat tiga empat handphone sebab bukan aku saja-saja nak tukar;
.
sebab rosak;
.
.
kelemahan aku, aku tak boleh guna handphone flip ke slide ke, tak flip patah slide melayang entah ke mana;
.
berbalik pada laptop aku kali ni, sekali buat hal memang tak buat kecik-kecik;
.
sekali rosak dlu sebab motherboard, vga card pecah;
.
.
aku pun tak tau la kenapa aku ni ganas semacam sangat, kalau nak di ikutkan aku sentiasa berlemah lembut dan berhemah bila guna en.laptop ni dan nasib baik la warranty tak habis lagi;
.
kalau tak berpeluh nak bayar paling kurang RM700 tu;
.
segala benda dalam tu pun selamat dah, gambar-gambar zaman diploma, assignment terdahulu , portfolio, 
art work, lagu-lagu kesayangan dan movie aku semua dah takde;
.
.
dah la aku tak buat back up;
.
kesimpulannya, dari segala pengalaman aku kalau beli laptop sila lah extend warranty korang, serius sebab warranty sangat berguna, aku pun extend warranty sampai tiga tahun atleast waktu zaman belajar takde masalah;
.
even, kena bayar sikit tapi serius sangat berbaloi;
.
dan sila back up segala benda korang, especially gambar, artwork korang segala bagai;
.
kalau tak nak jadi macam aku semua memory tu takde dah;
.
.
sadis kot;
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
tengah cuba selamatkan hard disk yang rosak itu;
.

September 26, 2010

BETUL KE INI CINTA?

salam semua readers;
lama sungguh aku tak update tulisan terbaru aku;
cerita kali ni berkisarkan kisah oleh seorang teman yang paling hampir dengan aku;
.
cerita bermula;
.
pagi tu, seperti biasa R masuk office rutin harian;
 workstation yang kosong tu dah ada penghuni;
staff baru rupanya;
.
.
R buat tak tau, staff baru tu senyum dari arah work station dia waktu R  berjalan ke arah work station
dan  R tak sengaja dia terpandang,
staff baru tu senyum tengok R, dan R balas senyum dan secara tidak sengaja lagi;
jantung R tukar kelajuan;
berdebar-debar;
(kredit:weheartit);
.
R rasa lain macam bila tengok staff baru tu;
R rasa sejuk hati bila staff baru tu senyum;
R monolog sendiri, jangan nak menggatal "kau dah ada P", dia dah cukup baik;
biasa la hati sentiasa menggoda;
R biarkan je perasaan tu berlalu;
(kredit:weheartit);
.
.
lepas berhempas pulas buat segala kerja yang tertunggak;
lunch time;
macam biasa R, T dan W akan lunch sama-sama,
dekat kedai makan betul belakang office mereka;
.
tapi hari ni, mereka dah jadi berempat
R, T, W dan staff baru tu;
staff baru yang buat R hampir heart attack,
 sebab tiba-tiba jantungnya bertukar kelajuan bila nampak dia senyum pagi tadi;
dan mulai saat itu R, T, W dan staff baru tu;
staff baru tu namanya L;
.
.
masa berlalu pantas dah masuk 7 bulan kerja sama office dengan L;
R dan L makin rapat, macam mana R rapat dengan T dan W;
R, T, L dan W adalah sahabat karib;
apa yang pernah singgah dalam hati  R dengan L dah lama dia lupakan;
(kredit:weheartit);
.
P adalah teman jiwa R;
R dah buat keputusan;
.
cerita tentang p;
apa yang berlaku setiap inci tak penah R sorok dari P;
meskipun jarak beribu kilometer memisahkan R dengan P;
dan R sentiasa percayakan P;
(kredit:weheartit);
.
L sendiri tau R dah ada P;
R memang tak pernah nak selindung apa-apa;
.
.
tapi semenjak dua menjak, P semakin jauh;
T dan W sentiasa jadi tempat R bercerita;
bukan R tak mahu bercerita dengan L;
tapi, T dan W lebih kenal dia sebelum L;
.
akhirnya, R dapat tahu  alasan kenapa P makin jauh;
yep;
betul;
orang ketiga;
P ada lelaki lain;
.
.
R memang tak sanggup nak lepaskan P;
tapi hati siapa tak sakit;
P mintak R lepaskan dia;
R lepaskan lepas P bila dia dah cuba macam-macam ikhtiar untuk pulihkan hubungan mereka;
(kredit:weheartit);
.
R pegang dengan kata;
kalau ada jodoh tak kemana;
.
hari terus berlalu, R masih macam dulu;
bezanya tanpa P di sisi;
.
R, dan L makin akrab;
macam biasa, L sentiasa jadi penguat semangat R;
.
tapi seriously, L memang tak tau yang, R dan P dah takde apa-apa;
.
.
masa terus berganti lagi, bayang P sedaya upaya R tepis;
tapi, hatinya masih lagi berbaki sayang pada P;
dan R cuba jadi pencinta yang paling setia;
walaupun. ramai yang nak dekati dia;
.
.
cerita tentang L;
dia memang sangat baik dalam hidup R;
pernah juga T dan W mengusik bahawa R dan L memang secocok;
dan selalunya, R akan gelak dan L tersipu-sipu;
.
.
semakin lama, L makin memenuhi setiap ruang hidup R;
.
dan sekali lagi, pagi macam setahun tujuh bulan lepas;
R masuk office seperti biasa, dan dia akan sentiasa lalu depan work station L;
.
.
pagi itu, sekali lagi dia nampak senyuman yang pertama kali buat dia berdebar-debar;
senyuman yang telah buatkan setahun tujuh bulan lepas jantung dia bertukar kelajuan mendadak;
.
kali ni R monolog sendiri lagi
cuma berbeza skrip;
kau kena hargai peluang yang ada depan mata;
.
R cuma tersedar bila T tepuk belakang dia;
dan work station tu rupanya dah kosong;
R berlalu ke arah workstation dia;
dan skrip monolog diri itu sentiasa lekat di kepala;
.
.
petang tu, balik dari office, R, T, dan W;
lepak-lepak, L kena balik cepat hari tu;
ada hal katanya;
.
.
ni la peluang R, dia cerita tentang pekara setahun tujuh bulan lepas;
dan apa yang berlaku hari ni;
.
T dan W menggeleng tak menggangguk tak;
dua-duanya senyap;
macam takde perasaan;
.
setengah saat berlalu, akhirnya T bukak mulut dulu;
R, tak kan baru sekarang kau nampak;
aku dah sedar kau pasal kau dengan L dah lama dah;
yang W mengiyakan tak habis-habis;
.
T dan W memang dari dulu selalu mengusik dia dengan L;
tapi  sungguh R tak sedar, rupanya persahabatan ni dah jauh tergelincir;
.
dia tau dia memang rapat dengan L;
tapi kalau boleh dia tak nak rapat itu bertambah dan kurang;
dia selesa dengan kata rapat itu;
dan lebih tepat sahabat rapat;
atau segala sinonim yang seerti;
.
tapi T dan W selalu cakap;
kalau kau kawan je dengan L;
(kredit:weheartit);
.
 takkan kau sanggup hantar dia ubat batuk walaupun waktu tu kau cuti bila dia cakap dia batuk;
.
takkan kau sanggup teman dia dan hantar dia balik sampai depan pintu rumah bila dia kena kerja lebih masa;
.
takkan kau dengan dia bergaduh sebab payung, sebabnya kau nak bagi payung kau dekat dia sebab dia tak bawak payung hari tu dan kau redah hujan lebat;
(kredit:weheartit);
.
dan satu hari tu bila L datang office dengan baju basah kuyup, kau sanggup bagi jaket kau dan hantar dia balik rumah untuk tukar baju walaupun kerja dekat office berlambak;
(kredit:weheartit)
.
banyak benda lagi;
kau fikirlah;
hargailah;
itu T dan W cakap;
ringkas dan maksud itu cukup mendalam;
.
.
esoknya, R tanam satu semangat dalam diri;
dia kena buang segala perasaan yang dah mula bertapak dalam hati dia;
ataupun hati L sendiri;
R sanggup digelar lelaki paling kejam;
sebabnya dia tak lagi bagi harapan;
.
dia tak nak pekara yang sama berulang lagi;
.
R terus terang, dengan T dan W apa yang dia nak buat;
R nak jauhkan diri, dari L;
biarlah dia tak mahu ada lagi insan yang terluka;
.
sebabnya dia tahu, hati yang terluka memang sangat sakit;
(kredit:weheartit);
.
minggu demi minggu, hubungan R dan L makin renggang;
tapi, hati R pada L makin dekat;
makin dia cuba buang rasa itu, makin dia kuat terlekat;
.
T dan W dah puas nasihat R;
tapi L memang serius cool;
dia masih macam dulu, macam tak da apa-apa yang jadi;
cuma R yang makin menjauh;
.
.
minggu itu, L cuti;
isnin, selasa, rabu, khamis;
L langsung tak masuk office, T dan W tak cakap apa-apa langsung;
walaupun, R dan L dah tak macam dulu;
tapi sekurang-kurangnya dia masih nampak L;
bila dia tanya T dan W memang tak nak cakap langsung;
office mate yang lain pun, boikot dia agaknya;
.
.
R tunggu hari esok,mana tau esok L datang;
.
dan esok L masih tak datang;
.
R memang rasa kekurangan;
.
orang cakap menunggu itu memang satu penyeksaan;
dan itu memang satu penyeksaan dalam hidup R;
.
petang jumaat tu, dia tambah resah;
bila dia pandang work station kosong tu makin  menyesakkan fikiran;
(kredit:weheartit);
.
.
R tau dia rindu senyuman itu;
(kredit:weheartit);
.
seminggu ini tempoh paling lama dia pernah alami;
.
.
dia tau dia perlu buat keputusan;
dia dah tau apa yang perlu dia buat;.
.
.
.
kampung R;
suara ayah R di hujung talian naik satu tangga;
.
ayah R: "kau biar betul ni bukan main-main ni"(nada terkejut);
KL:
"betul ayah, kalau boleh esok jugak"(nada bersungguh);
soal hidup saya ni;
.
kampung R;
"ye lah, tak menyempat, esok ayah datang KL;
.
KL;
"terima kasih ayah"'
R senyum;
.
.
R tau ni keputusan dia patut ambil;
ini la sebetulnya;
.
.
petang sabtu;
rumah L;
.
otak mula berputar;
kerja dekat office sure menimbun;
dah seminggu dia tak masuk kerja;
demam campak punya hal;
macam mana la agaknya R, lama sungguh dia tak jumpa;
sejak akhir ni, R selalu mengelak;
mereka dah tak macam dulu;
.
dia sendiri tak tau apa yang dah jadi;
tapi dia sungguh rindu dengan R;
dia rindu R sebagai seorang kawan yang paling dekat dengan dia;
sungguh pun pernah rasa itu tersimpang dari landasan sebenar;
dia cuba untuk perbetulkan dan kembali pada paksi itu persahabatan itu;
(kredit:weheartit);
.
dia tau yang R dah ada P;
dan dia tau R memang seorang pencinta yang setia;
dan dia akur;
suka tak semestinya memiliki kan?
(kredit:weheartit);
.
fikiran dia cuma berhenti melayang bila dia dengar dari dalam bilik riuh rendah;
 riuh-rendah;
pintu bilik di kuak perlahan;
dia nampak muka yang dia tak berapa kenal;
mungkin kawan emak agaknya;
usai bersalam dia masuk dalam bilik;
.
.
handphone L menjerit minta di angkat;
R?;
(kredit:weheartit);
.
lama betul nombor ini tak masuk dalam received call register;
.
dia angkat call itu, apa-apa pun jadi mereka masih lagi sahabat;
.
suara dari hujung talian bergetar, R hanya mendengar setia;
hampir terjatuh handphone dari pegangan dia bila dia dengar apa yang R cakap;
dia tepuk pipi beberapa kali;
dia bermimpi ke?;
(kredit:weheartit);
.
.
.
pagi isnin itu, R masuk office macam hari biasa;
dia masih perlu lalu depan work station L;
(kredit:weheartit);
.
R nampak L senyum lagi, senyum yang masih sama macam pertama kali dia nampak L;
senyum yang tak pernah berubah;

.
yang berubah cuma kini L dah dua hari jadi tunang R;
dan tiga bulan lagi R tak perlu lagi nak tunggu ke office untuk nampak senyum itu;
sebab tiga bulan dia akan nampak senyum itu setiap kali dia bangun pagi;
(kredit:weheartit);
.
dan memang betul ini cinta :);
(kredit:weheartit);
.
.
sekian;
.:.wassalam.:.

nota kaki;
jangan lepaskan peluang yang dah ada depan mata :);
sebab tak semua cerita berakhir dengan happy-ending :);
(kredit:weheartit);

August 08, 2010

KERANA SATU PETIKKAN;

salam kata; dan selamat malam pada semua readers;
entri malam ni rasanya lebih romantik + jiwang (acece);
lebih tepat pasal cinta;
.
.
.
dalam hidup ni rasanya semua orang pernah bercinta; bercinta dengan Allah, bercinta dengan ibu-bapa, dengan kawan-kawan, adik beradik, dan banyak lagi;
.
.
.
tapi aku nak cerita korang satu cerita yang di alami sendiri oleh antara orang yang paling dekat dengan aku;
cerita sang perempuan dan sang lelaki;
(of course la kan, ape da aku ni, huhu :);
.
.
.
cerita yang bermula dalam sebuah kampus;
pada satu petang L ni berjalan balik dari kelas;
waktu tengah berjalan-jalan ni dari jauh  L terpandang ada sorang mamat pegang sebuah gitar;
memang gila sempoi;
L  memang tak pernah tengok mamat ni selama ni; 
ramai orang dekat dalam kampus, mustahil yang dia dapat ingat semua orang;
L buat tak tau je;
dia terus berjalan;
dia orang pun selisih dekat tengah jalan tu;
then betul-betul dekat depan L mamat tadi, petik gitar dia;
satu petik;
L terkejut kejap;
tiba-tiba dia rasa something;
tapi, dia buat tak tau je;
dia teruskan berjalan, sampai dekat bilik, 
dekat telinga dia masih terngiang-ngiang petikkan gitar mamat tu tadi;
.
.
.
lepas kejadian tu, L tak jumpa dah mamat tu;
tapi secara tak sedar, dia tercari-cari mamat tu;
.
.
.
lepas beberapa minggu, fakulti L anjurkan satu majlis sempena berakhirnya semester tu;
L attend majlis tu, dan tanpa di sangka-sangka yang malam tu mamat gitar tu buat persembahan;
L terkejut lagi sekali
dia memang tak sangka yang selama ni dia orang satu fakulti;
dan L baru tau yang nama mamat tu J;
.
.
hari-hari terus berlalu, sampai ke semester akhir;
L masih pandang J dari jauh;
dan rasa tu makin kuat;
sampai la L graduate, L masih lagi tak bagi tau apa yang dia rasa pada J;
dan L membawa cinta yang J tak pernah tau;
bersama satu bunyi petikkan gitar tu;
.
.
.
 pelik kan, dengan satu petikkan gitar je boleh buat sesorang tu jatuh cinta;
 tapi cinta tu memang tak kira bila, dengan siapa, bagaimana, kenapa dan seribu lagi soalan yang boleh di tanya dengan perkataan cinta itu sendiri?
pada siapa yang ada simpan perasaan pada seseorang, aku sarankan korang bagi tau lah pada dia :);
luahkan;
tak kiralah perempuan yang mulakan dulu ke;
sekarang zaman dah berubah;
pada lelaki, jangan takut nak luah perasaan korang pada perempuan yang korang suka;
sekurangnya korang akan rasa lebih tenang dan korang tak simpan benda tu selamanya dalam hati;
sebab itu lebih sakit;
soal penerimaan dia, korang serahkan pada takdir;
kalau ada jodoh, insyaAllah tak kemana;

sekian;

.:. wassalam.:.

nota kaki;
❤ itu subjektif;


August 06, 2010

SATU KISAH TRAGIS; BIHUN TOMYAM AIR MATA

salam kata; jadi kenapa tajuk entri aku kali ni agak tragis;
pada suatu hari, as a student biasa la kan, duit bukannya cukup sangat, 
nak save budget punya pasal so terpaksa la main masak-masak;
kalau makan dekat luar memang duit ni keluar macam air la;
hari ni aku plan nak makan tomyam, so lepas je kelas aku telah sekali lagi merajinkan diri ke kedai yang berdekatan nak beli bahan-bahan nak buat tomyam, konon-konon nak ubah selera, buatlah bihun tomyam (sebenarnya ada stok bihun dua minggu lepas yang tak pakai lagi) ;
.
.
kenapa?
.
.
.
bihun tomyam tukar jadi bihun tomyam air mata;
FYI aku bukanlah pakar masak memasak, setakat nak tolong sikit-sikit tu bolehla :), (tukang kupas bawang, tukang basuh pinggan, tukang kacau-kacau, dan sewaktu dengannya);
as usual, tugas masak memasak biasanya aku serahkan pada orang yang lebih pakar;
elok-elok je kitorang dah nak prepare main masak-masak;
kawan aku ni (si tukang masak) secara mengejut terima perkhabaran  yang sangat menyayat hati sehingga mengalami despresi yang membuatkan dia menumpahkan air mata (tak tumpah dekat tomyam pun);

.
. 
.
jadi, sempena dengan peristiwa tadi; aku namakan bihun tomyam air mata;
.
.
.
disebabkan aku masak bihun tomyam hari ni aku nak share resepi bihun tomyam air mata ni;
even, aku tau rasanya mostly tau masak tomyam kan;
.
.
.
bahan-bahan bihun tomyam air mata;
kobis bunga
tomyam paste
tomato
fish ball
isi ayam
serai
air
bawang besar
bawang putih
minyak (untuk menumis)
garam (secukup rasa)
bihun (dicelur)
.
.
if ada benda lain nak tambah boleh je macam;
baby corn
carrot
udang
sotong
dan bahan-bahan yang lain yang biasa untuk masak tomyam;
.
tapi, as a student, bahan-bahan yang ringkas dan murah amat bersesuaian
.
.
cara memasak;
1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih;
2. bila dah agak-agak naik bau, masukkan air ;
3. masuk tomyam paste dan campak semua bahan (ayam, fishball, kobis bunga, isi ayam, serai);
4. kacau lagi, if tak cukup air, sila tambah air ikut banyak mana yang korang nak;
tunggu sampai  menggelegak;
5. then, akhir sekali masuk garam sikit, dan tomato;
6. sedia untuk di hidang;
.
.
.
snap-snap;
masuk paste tomyam;

tangan si tukang masak;

biar menggelegak;

masak dah pun;
.
.
part paling best;
makan dengan bihun;

bihun+kuah = bihun tomyam
.
.
.
setelah semua selesai dan berakhir;
licin walaupun berdespresi;

alhamdulillah :)

sekian;

.:.wassalam.:.

notakaki;
si tukang masak sudah mulai pulih :);
mesti semangat;
tabahkan dirimu;
dan;
selamat mencuba;