Pages

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

August 20, 2010

SELAMAT BERBUKA :)

salam pada semua readers;
kesempatan ni nak ucapkan selamat berbuka;
aku dah selamat dah berbuka;
hehe;

 aku duduk dekat kepulauan borneo;
so pukul 6.30 tadi dah selamat dah;
alhamdulillah;
menu tadi;
.
nasi kerabu;
+
air sunquick;
 picture ehsan: google

selamat berbuka :)

.:.wassalam.:.

nota kaki;
jangan lupa terawih okay :)

August 06, 2010

KAU TETAP JADI PUJAAN HATIKU ❤ ❤

salam kata; dan hoi..hoi..hoi (pinjam ayat shahir);
hari ni rasa memang sangat pendek, di sebabkan ketiadaan kekuliahan aku telah merajinkan diri untuk merayap ke bandar hari ni  dengan beberapa motif lain tapi sebab utama teringin nak makan McD;
dari hostel aku dah bersemangat nak rasa GCB or nama penuh dia Great-tasting Chicken Burger (walaupun aku sebenarnya dah terlewat);
tapi bila aku sampai jek dekat kaunter McD tu, automatic, terus je laju mulut aku sebut;
"kak, nak set spicy fried chicken, large ye kak"
walaupun dah behari-hari aku fikir nak makan GCB tu, saat-saat akhir mesti aku ubah pada benda yang biasa aku makan;
tapi aku tetap take away GCB tu untuk roommate aku dan kawan aku pun pilih makan GCB;
hehe :)

snap-snap McD :)
sepatutnya saya makan ini :)

huhu :)

kau tetap jadi pilihan; (tak menyabar kot);
.
.
.
konklusinya, kali ni misi aku nak makan GCB tak tercapai lagi, lain kali la agaknya ;)

.:.wassalam.:.

notakaki;
aku kena lebih tetap pendirian akan datang;


SATU KISAH TRAGIS; BIHUN TOMYAM AIR MATA

salam kata; jadi kenapa tajuk entri aku kali ni agak tragis;
pada suatu hari, as a student biasa la kan, duit bukannya cukup sangat, 
nak save budget punya pasal so terpaksa la main masak-masak;
kalau makan dekat luar memang duit ni keluar macam air la;
hari ni aku plan nak makan tomyam, so lepas je kelas aku telah sekali lagi merajinkan diri ke kedai yang berdekatan nak beli bahan-bahan nak buat tomyam, konon-konon nak ubah selera, buatlah bihun tomyam (sebenarnya ada stok bihun dua minggu lepas yang tak pakai lagi) ;
.
.
kenapa?
.
.
.
bihun tomyam tukar jadi bihun tomyam air mata;
FYI aku bukanlah pakar masak memasak, setakat nak tolong sikit-sikit tu bolehla :), (tukang kupas bawang, tukang basuh pinggan, tukang kacau-kacau, dan sewaktu dengannya);
as usual, tugas masak memasak biasanya aku serahkan pada orang yang lebih pakar;
elok-elok je kitorang dah nak prepare main masak-masak;
kawan aku ni (si tukang masak) secara mengejut terima perkhabaran  yang sangat menyayat hati sehingga mengalami despresi yang membuatkan dia menumpahkan air mata (tak tumpah dekat tomyam pun);

.
. 
.
jadi, sempena dengan peristiwa tadi; aku namakan bihun tomyam air mata;
.
.
.
disebabkan aku masak bihun tomyam hari ni aku nak share resepi bihun tomyam air mata ni;
even, aku tau rasanya mostly tau masak tomyam kan;
.
.
.
bahan-bahan bihun tomyam air mata;
kobis bunga
tomyam paste
tomato
fish ball
isi ayam
serai
air
bawang besar
bawang putih
minyak (untuk menumis)
garam (secukup rasa)
bihun (dicelur)
.
.
if ada benda lain nak tambah boleh je macam;
baby corn
carrot
udang
sotong
dan bahan-bahan yang lain yang biasa untuk masak tomyam;
.
tapi, as a student, bahan-bahan yang ringkas dan murah amat bersesuaian
.
.
cara memasak;
1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih;
2. bila dah agak-agak naik bau, masukkan air ;
3. masuk tomyam paste dan campak semua bahan (ayam, fishball, kobis bunga, isi ayam, serai);
4. kacau lagi, if tak cukup air, sila tambah air ikut banyak mana yang korang nak;
tunggu sampai  menggelegak;
5. then, akhir sekali masuk garam sikit, dan tomato;
6. sedia untuk di hidang;
.
.
.
snap-snap;
masuk paste tomyam;

tangan si tukang masak;

biar menggelegak;

masak dah pun;
.
.
part paling best;
makan dengan bihun;

bihun+kuah = bihun tomyam
.
.
.
setelah semua selesai dan berakhir;
licin walaupun berdespresi;

alhamdulillah :)

sekian;

.:.wassalam.:.

notakaki;
si tukang masak sudah mulai pulih :);
mesti semangat;
tabahkan dirimu;
dan;
selamat mencuba;