Pages

Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts
Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts

June 17, 2011

KALAH TANPA SEDAR;

perjuangan tanpa darah;
aku fikir kalau ia boleh di perjuangkan, pasti mulut akan terus keluar kata-kata yang tidak ada noktah. terus menyusun baris kata agar ia boleh di tegakkan. laksana benang yang basah mahu di bawa berdiri. 
rasa terseksa dalaman masih buat rasa tertikam itu lebih tinggi berbeda dengan sakit fizikal. 
sekali di tepuk, dua tiga hari nanti pasti boleh hilang pedih. parut yang ada masih boleh dicari ubatnya untuk di hilang kesan;
.
.
aku bukan jua manusia yang bijak untuk menyusun kata terus membalas satu perjuangan pada aku yang tiada erti. bukan. sebab ia memang rumput yang meliar aku rasakan. perlu di cabut untuk jadi bersih dan cantik. sebelum ini, perasaan untuk melindungi diri dari terkena tempias perjuangan itu lebih senang. 
bakal tiada parut. bakal tiada sakit tikaman perasaan;
.
.
defensif itu tepat. salahkah bersikap defensif? tidak perlu susun abjad untuk jadi suatu frasa untuk luah perjuangan itu. ya. sekarang, perjuangan kian luas. tidak perlu pedang dan parang, cukup dengan papan kekunci bisa getar banyak perasaan;.
.
.
pendapat aku, kalau mahu menikam, tikam lah. kalau mahu di cincang. cincang lah juga. kalau mahu lebih tipis, hirislah.
.
pedih, sembiluan, getir, perit bererti. dalam.
aku bukan patung yang di jentik kaku. tapi hakikatnya kalau kita tidak mampu selami masakan ada autobiografi kan. jelas itu semua juga ada perasaan.
.
tunduk diam. ketawa. dan bisu.
itu bukan beri definisi kalah. ia terarah supaya jangan kita setaraf dengan golongan memperjuangkan pekara yang tidak wajib. tidak perlu jadi kumpulan seperti itu. menang sorak dengan silu rasa manusia lain. ketawa atas kepuasan denting hati manusia supaya jadi perit.
.
.
kalah tanpa rasa sedar kerana minda sering kata ya aku sudah menang kerana aku berjaya luaskan penjajahan minda. aku senyap lagi berfikir.
.
bukankah ada DIA yang lebih tahu?;
.
sekian
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
*terlupa* , tahniah atas kejayaan itu :)
.

February 11, 2011

CARI APA SAHAJA YANG HATI MU MAHU;

salam readers :);
.
entri ke87;
.
.
berangan-angan, bermimpi atau apa yang sinonim dan homo sapiens itu memang tidak dapat di sangkal;
.
.
.
salah ke kalau satu makhluk nama manusia itu berangan tinggi yang keluar sedikit dari lingkungan hidup untuk benteng jadi prinsip diri berjaya dalam hidup dia;
.
walaupun, sang manusia itu tahu tahap dirinya..;
.
sedar siapa dirinya yang banyak kekurangan;
.
.
tapi barangkali dia juga ada banyak kelebihan yang orang lain tak tahu;
.
.
terluas kah kata sukar yang tukar jadi masalah jika,
.
sang dia ingin melompat lebih tinggi dari level hidupnya;
.
mencari untuk mencapai tahap  maksima kehidupan impiannya sebelum nyawa di panggil semula;
.
juga mencari apa sahaja yang dia mahu selagi hidupnya masih bisa rasa neutral oksigen;
.
.
.
berangan-angan itu tidak gapai maksud dia bermimpi-mimpi di siang hari;
.
bercita-cita itu tidak bawa kata kamu sebenarnya buang waktu sisa hidup kamu;
.
.
tapi terpulang bagaimana membentuk ianya jadi realiti;
.
ringkasnya mudah;
.
pada aku, selagi boleh bermimpi dan selagi boleh keluarkan karbon dioksida;
.
.
peduli pandangan dan kata manusia lain, sebab mereka hanya sekadar berkata;
.
tukar buah butir yang keluar dari mulut mereka kepada rangsangan minda untuk capai mimpi itu :);
.
.

yang teramat penting selagi ia teguh berpaksi pada landasan-NYA;
.
.

hati juga jangan cepat rapuh andai impian itu terlalu tinggi untuk di capai;
.
kerana terselang apa yang di kejar juga sering tukar jadi angan-angan atau impian yang terdampar;
.
tapi yang penting ada usaha, dan bekal doa dan tawakal;
.
yang lain serah pada-NYA, sebab tiada yang lebih tahu melainkan DIA :);
.
cari apa sahaja yang hati mu mahu :);
.
.
sekian
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
tanpa lupa, aku juga seorang pemimpi tahap tinggi senantiasa :);
.

JAR OF HEARTS :);

salam readers;
.
lagi entri sebelum tidur;
.
layan cover version jar of hearts by maddi jane;
.
.
serius super cool smp seram aku dengar sebab suara dia serius best;
.
dan dia memang super talented :);
.
.

.
.
.
dan sila layan dengan hayati lirik dia ;);
.
.
memang feeling eh :);
.
hehe :);
.
.
ada banyak lagi cover version by maddi jane ni, aku dah tengok semua;
.
suara dia best betul :);
.
kalau, korang nak dengar yang lain klik dekat nama tu okay :)
.
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
insyallah, kembali pada entri berjiwa :);

February 08, 2011

INSTRUMENTAL;

salam readers;
.
entri sebelum aku tidur :);
.
entah kenapa malam ni rasa berjiwa kacau lak;
.
.
malam ni rasa nak dengar instrumental, tak kisah la dari musical instrument apa pun:);
.
.
.
heee :D :);
.
ni antara instrumental yang aku suka dan dengar lebih sepuluh kali :);
.
dan kebetulan kesemua nya datang dari cerita yang aku suka tengok :);
.
.



yang pertama:
ost selamat pagi cinta: violin instrumental :);



yang kedua:
syurga cinta: flute instrumental :); 



yang ketiga:
ketika cinta bertasbih: guitar instrumental :);


sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
sangat tertarik dengan ini :);

February 05, 2011

ARUS;

salam;
.
.
.
aku jenis manusia yang pegang pada go with the flow;
.
.
 selama ni aku asyik ikut je arus tu, sebab aku selalu cakap;
.

.
dekat mana aku tercampak di situ aku hidup;
.
tapi aku terfikir tak kan selama ni aku perlu aku ikut arus;
.
.
.
 salah ke kalau sesekali kita tentang arus itu dan dalam masa yang sama teramat penting hati kita kekal terpaku dengan DIA;
.
.
:);
.
.
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
dan aku masih rasa tujuh warna itu :);
.

February 03, 2011

RINDU YANG TERLARANG;

salam readers;
.
.
entri pertama di bulan febuari;
.
.
serius tak de sangat idea nak update entri tapi sambil dengar lagu ni;
.
.
.
.
.
lagu ni memang membuatkan aku terkenang betul cerita lama-lama;
.
.
heeee :);
.
.
lagu ni memang dah jadi penduduk tetap dalam winamp aku;
.
.
mengingati bukan bermakna ada lebihan rasa itu lagi;
.
tapi sekadar mengingati orang yang pernah datang menyinggah hati;
.
.
.
seburuk mana si penyinggah hati yang tapi jejak tapaknya pasti sentiasa kekal di situ;
.
memang tak boleh nak tipu diri sendiri tapi tak tau la maksud itu boleh bawa kata rindu;
.
.
atau menipu perasaan itu sendiri dengan kata itu bukan rindu adalah lebih teruk;
.
.
jujurnya dalam tempoh dua tahun lebih aku sendiri tanpa ada teman sejiwa, konklusi rakan-rakan aku masih merindui bekas si peyinggah hati;
.
kata tidak itu memang sentiasa jadi jawapan dari mulut aku, dan aku memang zahirkan sekali dengan apa yang lahir dari hati aku;
.
.
entahlah;
.
secara konklusi aku memang sentiasa keliru dengan perasaan aku sendiri :);
.

.
sekian
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
ku puisikan rindu di hatiku;
ku harap tiada seorang pun tahu;
biar ku pinjam saja;
biar ku pendam sudah;
terlarang sudah rinduku padamu;
.
.

January 29, 2011

BUKAN TAKUT UNTUK BERUBAH;

salam readers;
.
.
haish..seharian aku nak mengedit blog la kononnya, sebab bila aku tengok blog-blog lain punyalah
 cantik-cantik dan ceria ;
.
tapi lastly end up aku punya blog lebih kurang sama je, cuma ada la sikit-sikit aku buat penambahan dan penolakan, sebelum ni banyak kali jugak aku nak edit blog ni, tapi dah lepas berjam-jam aku edit lastnya aku tetap guna template lama aku;
.
entahla, bukan sebab aku malas nak edit ke apa, macam aku cakap sebelum ini aku pernah cuba banyak kali edit, tapi aku tak save;
.
.
.
mungkin sebab aku dah biasa dengan keadaan blog aku;
dan jadinya aku rasa lebih baik remain macam tu, sebab bila aku ubah jadi aku kena biasakan diri aku dengan keadaan tu;
.
.
dan ia memang perlu sedikit masa;
walaupun benda tu nampak simple je;
.
.
.
sama macam bila orang lain sekarang dah guna microsoft office 2010 tapi aku sampai sekarang guna microsoft office 2003 sebab aku dah mahir dengan tool dan layout tu;
.
standard sekarang, paling apa pun kawan-kawan aku confirm guna microsoft 2007, tapi aku tetap aku 
still remain the same;
.
dan mulalah, bila slide dari lecturer  atau pun document yang dapat dekat aku tapi tak dapat nak baca, aku barulah tergedik-gedik mintak tolong kawan aku convert file untuk aku sebab lappy aku tak support extension file tu;
.
kawan aku pernah cakap, tukar la microsoft office tu;
.
tapi aku cakap tak nak sebab aku dah biasa takpun nanti lah;
.
.
mungkin sebab perkataan biasa tu buatkan aku takut untuk berubah atau beranjak dari apa yang aku ada sekarang;
.
.
dan bila aku fikir balik semua ni, secara leksikal ianya memang sangat berkaitan dengan kehidupan aku sekarang;
.
.
SEBAB AKU DAH BIASA ATAU NANTI
 adalah perkataan paling kerap aku gunakan bila aku di suruh bertukar dari apa yang ada
dari segala aspek sekalipun;
.
.
kalau di fikirkan balik, aku dah terlalu selesa sampai satu tahap bila nak keluar dari comfort zone aku sekarang walaupun di tarik sekalipun aku tak nak;
.
apa yang boleh aku kaitkan dekat sini, bila kawan-kawan ingatkan aku especially pasal hubungan sesama manusia yang berlawanan jantina yang membawa maksud carilah teman jiwa anda;
.
.
dan  bila aku relatekan balik dengan segala keadaan yang sedang aku alami walaupun benda itu pekara kecil,  ada betulnya kawan aku cakap yang aku takut untuk berubah;
.
aku bukan sahaja takut;
.
tapi mungkin aku dah tertingkat pada tahap extreme;
.
.
mungkin, perlahan-lahan aku perlu keluar dari keadaan aku sekarang, waima tak lama lagi aku bakal berubah dari alam belajar dan memasuki dunia kerja;
.
pada aku, berubah itu tak mungkin dapat di capai dengan sehari, hatta setahun pun untuk berubah dari keadaan yang selama ini sebati dalam diri teramatlah payah;
.
.
jadi berubah perlahan-lahan itu pada aku sudah cukup bagus untuk bermula pemulaan mencapai objektif, sebelum ambil langkah yang lain untuk berubah;
.
.
sememangnya perubahan itu sangat aku perlukan dalam segala liputan diri;
.
perubahan pertama semestinya aku sentiasa cuba untuk berubah untuk membaiki hubungan
 bersama denganNYA;
.
sebelum, aku berubah ke arah benda lain sebab pada aku DIA merupakan priority;
.
kalau tiada langkah pertama, tak mungkin akan ada langkah kedua;
.
.
.
sekian;

.:.wassalam.:.

nota kaki;
sebagai percubaan aku cuba untuk berubah ke microsoft office 2007;
.
.

November 22, 2010

SUARA BERHARAP;

salam readers, lama rasa tak update belog;.
.
memang aku agak busy dua tiga hari ni;
mengabis kan segala paper saki baki;
.
serius semester ni rasa sangat cuak dan takut dengan keputusan;
.
dah la aku asyik tak ingat je, jawab pun sangat merapu;
.
study last minute;
.
dah nak masuk semester last dah...serius sangat cuak;
.
maybe salah aku gak, semester ni banyak main;
.
aku sangat banyak buat salah;
.
haish;
.
entahla..haish carry mark pun memang hampeh gila;
.
takut.cuak;
.
semua ada sekarang, sampai rasa macam nak buat apa-apa pun rasa asyik terfikir je;
.
maybe diri yang bersalah;
.
haish...nak cakap pun benda dah lepas;
.
.
kesempatan ni, aku nak ucapkan good luck untuk adik lelaki aku sebab nak ambik spm esok;
.
.
strive for the best okay;
.
.
jangan jadi macam angah;.
.
tolong jadi macam angah;
.
pada sapa yang datang menyinggah aku akan cuba balas pelan-pelan;
.
doakan supaya aku berjaya;
.
serius aku cuak;.
.
tersangat;
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.
.
nota kaki;
nak berharap apa pun aku tak tau dah;
.
memang aku depress gila;
nak berfikir pun aku tak dapat;

November 04, 2010

TIPIKAL HATI;

salam readers;
tepuk-tepuk habuk sikit;
haish...memang dah bersarang belog aku ni;
dah lama rasa nya aku tak update entri aku;
.
.
ni entri pertama aku untuk november ni;
.
TIPIKAL;
.
dari segi maksud sebenar tipikal membawa makna kebiasaan mahupun lumrah;
tapi aku membawa maksud pandangan kata ini dari ruang hati aku sendiri;
.
.
.
seperti biasa, aku lebih suka menaip entri berdasarkan dari sudut pandang aku;
.
.
aku lebih senang mengatakan yang hati aku memang sentiasa tipikal dalam pelbagai ruang;
.
kalau nak di ikutkan dalam ruang;
.
kehidupan;
.
aku tak segentar mana bila aku tempuh satu perjalanan yang jauh untuk capai
destinasi aku;
.
.
aku tak seteguh mana untuk tak biarkan diri aku jadi cengeng bila masa aku
homesick, teringat benda-benda yang lepas, ataupun pekara-pekara lain yang cukup
boleh buatkan aku menangis;
.
dan;
.
aku tak cukup bersedia untuk hadapi untuk keluar dari keadaan yang aku ada sekarang;
.
.
bila bercakap pasal cinta;
.
aku tak segagah mana bila aku bagi tahu kawan-kawan aku yang keep moving on kalau
korang putus cinta;
.
aku tak sebagus mana bila aku nasihat kawan-kawan lupakan je orang macam tu
sebabnya ada orang lagi bagus untuk kamu;
.
dan;
.
aku tak secekal mana bila aku cakap, biarlah apa yang dah terjadi tu;
aku maafkan dia;
dan biarkan dia bahagia :);
.
.
.
.
hakikatnya;
.
aku manusia yang tipikal;
.
tipikal dari dalam dasar hati yang turun ke atas gerak fizikal;
.
HATI;
.
hati yang sentiasa benar;
.
refleksi dalaman adalah keadaan yang sebenar;
.
dalam kehidupan;
.
aku memang seperti apa yang aku katakan dari pandangan ruang kehidupan aku di
atas;
.
tapi, apa yang aku lalui separa sedarnya semua itu yang menjadikan hidup aku lebih
ada corak;
.
kehidupan yang tak ada cabaran memang tak seronok;
.
belajar dari pengalaman tak sama dengan belajar dari buku, sebab ada kalanya tiada
buku yang jual tentang pengalaman yang sedang kita lalui;
.
.
kita yang jadi penulis, kita yang menaip, kita pelakon, dan kita juga yang  membaca;
.
semuanya adalah kita :);
.
kita dan kehidupan :);
.
.
cinta dan tipikal memang sangat berkait;
.
bila aku cakap dengan kawan-kawan aku tentang soal lima huruf dan dua patah perkataan;
P.U.T.US. dan C.I.N.T.A;
.
.
teruskan kehidupan;
.
ada orang yang lebih baik;
.
dan kena sentiasa sabar;
.
.
itu memang tipikal;
.
yang bercakap macam aku memang boleh bagi segala perkataan nasihat yang sedia ada;
.
tetapi hati yang terpijak akan lebih merasa;
.
konklusi yang aku boleh buat kehidupan ini sudah ada lumrahnya;
.
sudah memang ada tipikalnya;
.
sudah terzahir kebiasaanya;
.
.
tetapi kita berfungsi untuk jadikan kehidupan ini ;
.
pelbagai jenis warna;
.
pelbagai jenis corak;
.
.
pelbagai jenis rasa;
.
.
.
sementara kita masih merasa untuk memijak bumi ini;
.
.
dan yang teramat penting jangan lupakan DIA :)
.
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;