Pages

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

August 22, 2010

NAMPAK SENANG, TAPI...;

salam ramadhan semua;
langsung ke titik (direct translation untuk straight to the point);
hehe;
.
okay;
entri kali ni;
 aku nak ceritakan sedikit pengalaman selama 2 hari aku menjadi cikgu;
sempena projek e-community yang aku ceritakan pada post yang sebelum ini;
.
.
seperti yang aku cerita sebelum ni, group aku organize satu bengkel untuk 30 orang student dari matrikulasi;
iaitu, bengkel adobe photoshop;
(kredit:google);
.
.
bengkel ni selama dua hari;
okay;
hari first (sabtu) jam 9 - 4.30 petang;
pagi-pagi lagi aku bangun dengan semangatnya;
semangat yang nervous;
serius sangat nervous;
aku ni nak mengajar, sedangkan presentation biasa pun dah cukup banyak rama-rama dalam perut;
aku memang tak pandai public speaking;
nak cakap depan orang ramai, sangat shy-shy cat;
tapi, di sebabkan aku memikirkan ni untuk latihan industri;
aku memberanikan diri;
dan inilah masanya untuk aku baiki public speaking aku;
(kredit:google);
.
group aku ada 6 orang, so kita orang bincang ada 3 slot nanti;
setiap slot conducted by pair;
fuhh..lega dah sikit waktu tu, ada member;
and then, aku dan partner telah berjaya mengambil slot yang pertama;
gulp...serius aku cuak;
aku dan partner aku, kena ajar pasal pallete, toolbox, segala benda tu;
(kredit:google);
.
memang nampak senang;
tapi susah;
dah la ilmu aku dengan photoshop takde la banyak mana;
setakat sikit-sikit tu bolehla;
.
.
memang hari first sangat mencabar, sampai je dekat matrikulasi tu;
bila aku pandang dorang, mampu ke aku nak buat semua ni;
mula-mula tu busy la, masing-masing install;
ada pulak yang tak dapat nak install;
macam-macam la;
.
then, dah settle semua tu, tiba lah giliran aku;
perghh...memang nervous.;
aku yang kena terang, kawan aku demo every single part;
ayat first, gelabah sampai tersebut entah apa-apa;
then, lama-lama aku rasa selesa;
best pulak;
tapi bila tengok student ada yang muka tak paham, sembang-sembang ke, tak concentrate ke;
adeii..rasa, bosan ke kita orang ni;
waktu tu baru aku faham perasaan seorang cikgu,
bila nampak ada student dia buat pekara yang sama;
(kredit: weheartit)
.
.
slot kedua dan ketiga;
di isi oleh kawan-kawan aku yang lain;
so siapa yang tak mengajar dekat depan kena tengok-tengok;
kot-kot ada yang tak dapat;
lenguh kaki berdiri;
yang mana dorang tak paham tu, dorang tanya;
dan alhamdulillah aku dapat jawab;
kalau tak dapat, aku panggil je kawan aku;
hehe..;
semuanya berjalan lancar untuk hari pertama;
balik bilik;
bukak puasa;
buat apa yang patut;
baring dan tidur;
sangat penat;
.
.
hari kedua;
kita orang dah tak mengajar;
semua student kena aplikasi semua benda yang kita orang ajar semalam;
buat simple poster;
then, dorang kena present;
sebab kita orang buat macam competition la, siapa yang the best;
kita orang bagi hadiah;
kita orang tolong mana yang dorang tak paham;
.
.
tiba la time presentation;
macam-macam poster kita orang dapat;
memang beyond from our expectation;
sangat menarik;
tak sangka, ramai yang berbakat;
kalau boleh nak pilih semua, semuanya best;
tapi tu la, hadiah satu je;
kita orang decide winner, dari segi penggunaan tools yang dorang aplikasi dalam
poster based dari kita orang ajar semalam;
.
.
berpisah sudah;
bila kita orang tanya, macam mana kalau kita orang punya performance;
dorang cakap best,;
dan kita orang tanya lagi, kalau kita orang buat lagi dorang nak join ke;
dorang cakap nak;
waktu tu la paling best;
.
.
konklusi yang boleh aku buat;
siapa cakap jadi cikgu dan apa kaitan dengan perkerjaan mengajar ni senang;
susah;
especially, kita nak mencapai objektif tu;
bila kita dah berjaya, dan reaksi dorang positif;
waktu tu rasa, hilang semua penat kita orang;
mengajar tu amanah;
kalau boleh biarlah ilmu yang serba sedikit ada pada kita orang itu sampai;
aku sangat puas hati + enjoy :D
.
sekian;
.:.wassalam.:.

nota kaki;
pada semua student;
korang memang best;
sampai jumpa lagi;
:);

August 06, 2010

KAU TETAP JADI PUJAAN HATIKU ❤ ❤

salam kata; dan hoi..hoi..hoi (pinjam ayat shahir);
hari ni rasa memang sangat pendek, di sebabkan ketiadaan kekuliahan aku telah merajinkan diri untuk merayap ke bandar hari ni  dengan beberapa motif lain tapi sebab utama teringin nak makan McD;
dari hostel aku dah bersemangat nak rasa GCB or nama penuh dia Great-tasting Chicken Burger (walaupun aku sebenarnya dah terlewat);
tapi bila aku sampai jek dekat kaunter McD tu, automatic, terus je laju mulut aku sebut;
"kak, nak set spicy fried chicken, large ye kak"
walaupun dah behari-hari aku fikir nak makan GCB tu, saat-saat akhir mesti aku ubah pada benda yang biasa aku makan;
tapi aku tetap take away GCB tu untuk roommate aku dan kawan aku pun pilih makan GCB;
hehe :)

snap-snap McD :)
sepatutnya saya makan ini :)

huhu :)

kau tetap jadi pilihan; (tak menyabar kot);
.
.
.
konklusinya, kali ni misi aku nak makan GCB tak tercapai lagi, lain kali la agaknya ;)

.:.wassalam.:.

notakaki;
aku kena lebih tetap pendirian akan datang;


SATU KISAH TRAGIS; BIHUN TOMYAM AIR MATA

salam kata; jadi kenapa tajuk entri aku kali ni agak tragis;
pada suatu hari, as a student biasa la kan, duit bukannya cukup sangat, 
nak save budget punya pasal so terpaksa la main masak-masak;
kalau makan dekat luar memang duit ni keluar macam air la;
hari ni aku plan nak makan tomyam, so lepas je kelas aku telah sekali lagi merajinkan diri ke kedai yang berdekatan nak beli bahan-bahan nak buat tomyam, konon-konon nak ubah selera, buatlah bihun tomyam (sebenarnya ada stok bihun dua minggu lepas yang tak pakai lagi) ;
.
.
kenapa?
.
.
.
bihun tomyam tukar jadi bihun tomyam air mata;
FYI aku bukanlah pakar masak memasak, setakat nak tolong sikit-sikit tu bolehla :), (tukang kupas bawang, tukang basuh pinggan, tukang kacau-kacau, dan sewaktu dengannya);
as usual, tugas masak memasak biasanya aku serahkan pada orang yang lebih pakar;
elok-elok je kitorang dah nak prepare main masak-masak;
kawan aku ni (si tukang masak) secara mengejut terima perkhabaran  yang sangat menyayat hati sehingga mengalami despresi yang membuatkan dia menumpahkan air mata (tak tumpah dekat tomyam pun);

.
. 
.
jadi, sempena dengan peristiwa tadi; aku namakan bihun tomyam air mata;
.
.
.
disebabkan aku masak bihun tomyam hari ni aku nak share resepi bihun tomyam air mata ni;
even, aku tau rasanya mostly tau masak tomyam kan;
.
.
.
bahan-bahan bihun tomyam air mata;
kobis bunga
tomyam paste
tomato
fish ball
isi ayam
serai
air
bawang besar
bawang putih
minyak (untuk menumis)
garam (secukup rasa)
bihun (dicelur)
.
.
if ada benda lain nak tambah boleh je macam;
baby corn
carrot
udang
sotong
dan bahan-bahan yang lain yang biasa untuk masak tomyam;
.
tapi, as a student, bahan-bahan yang ringkas dan murah amat bersesuaian
.
.
cara memasak;
1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih;
2. bila dah agak-agak naik bau, masukkan air ;
3. masuk tomyam paste dan campak semua bahan (ayam, fishball, kobis bunga, isi ayam, serai);
4. kacau lagi, if tak cukup air, sila tambah air ikut banyak mana yang korang nak;
tunggu sampai  menggelegak;
5. then, akhir sekali masuk garam sikit, dan tomato;
6. sedia untuk di hidang;
.
.
.
snap-snap;
masuk paste tomyam;

tangan si tukang masak;

biar menggelegak;

masak dah pun;
.
.
part paling best;
makan dengan bihun;

bihun+kuah = bihun tomyam
.
.
.
setelah semua selesai dan berakhir;
licin walaupun berdespresi;

alhamdulillah :)

sekian;

.:.wassalam.:.

notakaki;
si tukang masak sudah mulai pulih :);
mesti semangat;
tabahkan dirimu;
dan;
selamat mencuba;