Pages

December 23, 2012

LAPAN DEPAN DAN KEBELAKANG

for the whole year aku biar blog aku bersarang paling semak sekali. yeah. aku bajet diri aku busy terlampau. tahun ini secara rasmi dalam bulan april aku dah mula berkerja. mula masuk jadi jurujual tapi entah kenapa sekarang dalam company yang sama aku di posisi berlainan. grateful :)

 dalam lapan hari yang tertinggal aku cuba untuk rumus yang jadi,yeap. selain aku dilanda hati yang kecewa dalam hubungan mungkin suasana kerja yang buat aku tambah jadi orang yang berbeza. berbeza dari segi definisi kerana kononnya aku sudah sampai tahap kematangan dalam diri. mungkin? aku sendiri tiada jawapan yang tepat untuk diberi. yang pasti aku dan lapan tahun dulu mungkin berbeza dan mungkin dekat dengan jurang kalau bisa aku definisi aku adalah aku yang berbeza dalam tempoh lapan bulan kebelakangan. 


dalam soal kehidupan aku masih struggle mengukuhkan ekonomi, berkerja tak sama dengan belajar. tapi aku admit aku lebih suka zaman kerja dari belajar, mungkin sebab aku terjerumus dengan benda yang kurang menarik minat lebih enam tahun lamanya. but still, aku redha dengan setiap apa yang telah berlaku. life must go on. 

dalam cabang sosial, aku masih dalam hubungan tutup dan buka itu. tahun depan aku masuk fasa lebih suku abad, walaupun tambah setahun je.tapi masa berlalu terlalu pantas sampai aku tercungap-cungap nak kejar. 
soalan yang menduga minda pun makin banyak keluar terutama dari mak aku :). relaks mak bukan orang tak nak kahwin :)))

 dear 2013, please be nice to me.

 
 .:.wassalam.:.

  nota kaki;
gelora dalam perspektif tiada jawapan.
entah kenapa hati berdetak deras yang kini jadi pengunjung setia