Pages

August 15, 2010

KAPAL TERBANG KERTAS ITU;

salam kata;
hari ni aku nak sediakan satu entri yang berbaur emosi;
saja nak feeling2 sikit tengah hari ni;
cerita ni dah lama sebenarnya;
.
.
entri bermula dengan;
.
seorang perempuan duduk dekat atas bench berhampiran dengan playground;
sambil tu dia lihat kanak-kanak bermain;
seronok jadi kanak-kanak;
tak payah fikir apa-apa;
dia alih pandangan ke kiri;
dia terpandang sepasang kanak-kanak tepi longkang;
yang lelaki pakai baju Ultraman;
yang perempuan pakai dress pink;
budak lelaki tu macam nak ambil satu benda dalam longkang;
yang budak perempuan jenguk-jenguk takut;
dia bangun dan pergi pada sepasang kanak-kanak tu;
rupa-rupanya kapal terbang kertas dia orang jatuh dalam longkang;
dia tolong ambilkan;
bila dia dah ambilkan mereka dah tak nak sebab kapal terbang kertas tu dah separa basah;
dia pandang kapal terbang kertas dalam pegangan tangan dia;
kapal terbang kertas itu ingatkan dia tentang satu cerita;
.
,
cerita tentang dua orang yang berbeda jantina;
dan kapal terbang kertas juga;
.
lelaki ini Z dan perempuan A;
sang lelaki dan sang perempuan yang berkawan baik sejak umur angka tujuh;
mereka pergi sekolah yang sama; 
mengaji tempat yang sama;
main teng-teng sama-sama;
kalau main masak-masak A jadi emak, Z jadi ayah;
kalau Z main bola, A jadi cheerleader;
.
perkenalan dengan hanya sekeping kertas yang belah dua;
terus tukar jadi teman, sahabat, rakan, kawan dan segala kata yang sinonim;
.
.
cerita bermula dalam darjah satu;
A pindah sekolah Z sebab ayah A kena tukar tempat kerja;
lepas je ayah A hantar dekat pintu kelas;
cikgu suruh A duduk sebelah Z;
sebab itu je tempat kosong yang ada;
A tak kisah duduk dengan lelaki;
adik beradik dia pun semua lelaki;
.
.
first day masuk sekolah, A hanya bawa diri, dan beg kosong leper;
yang ada kotak pensel je;
cikgu pun tak kisah sebab itu hari pertama dia;
A dengar cikgu mengajar;
dan Z ajak A kongsi buku teks;
.
.
hari tu ada subjek pendidikan seni;
cikgu ajar buat origami;
buat sampan;
buat burung;
buat katak;
buat kapal terbang;
lepas tu cikgu suruh buat origami masing-masing;
.
.
A pandang kiri kanan, semua orang dah mula buat origami sendiri;
Z tengok A;
dia tau yang A tak da kertas;
dia belah dua kertas dia;
sebelah dia bagi A;
A ucap terima kasih;
dan mula buat origami;
.
.
habis pendidikan seni;
A pulangkan balik separuh kertas tu;
tapi dah jadi bentuk kapal terbang;
A cakap ini tanda ucapan terima kasih;
sebab kertas ni;
atas kejadian itu mereka jadi kawan;
yang sangat akrab;
.
.
masa terus berlalu, akhirnya tak sedar mereka jadi teman sebelah;
dari darjah satu sampai darjah enam;
.
habis sekolah rendah;
mereka berdua dapat keputusan cemerlang dalam UPSR;
Z dapat MRSM, A pula dapat sekolah sains;
tapi mereka decide nak terus sama-sama;
pergi sekolah menengah yang sama;
.
bila masuk tingkatan satu;
mereka masih satu kelas yang sama;
dan masih lagi duduk berdua;
tapi bila masuk sekolah menengah;
persepi remaja dah lain;
bila rapat berdua berlainan jantina;
mesti orang cakap couple;
hakikatnya mereka kawan baik;
sebab tak nak orang cakap bukan-bukan mereka tukar tempat duduk;
masih sebelah menyebelah tapi bezanya terpisah dengan satu laluan;
.
.
mereka terus macam tu sampai tingkatan lima;
akhirnya dah SPM
.
.
last paper SPM, sebelum balik rumah;
dia orang janji nak jumpa untuk kali terakhir;
sebabnya A nak pindah;
.
.
habis je, last paper A rushing balik;
sebab dia nak tolong family dia kemas barang;
tapi dia teringat janji dia dengan Z;
dia tunggu Z dekat tempat biasa;
.
.
lepas dua jam tunggu, Z tak datang;
dia rasa marah;
tapi dalam masa yang sama dia tak sedap hati;
dia balik macam tu;
.
.
sampai dekat rumah mama bagi tau yang Z accident;
A terpaku;
ni jawapan kenapa dia rasa tak sedap hati;
dia terduduk;
air mata mengalir;
.
.
mereka sekeluarga bergegas pergi hospital;
sampai hospital;
mama Z bagi tau yang Z dah kritikal;
kemudian mama Z hulur pada A sekeping kertas;
bentuk kapal terbang;
yang ada kesan darah;
mama Z cakap Z genggam kertas ni, dan sebuat nama A;
dia kenal kertas itu;
kapal terbang kertas yang dia bagi waktu mula-mula dia orang kenal dulu;
sepuluh tahun dulu;
dia bukak kertas tu;
dan dia ternampak satu conteng yang tulis;
.
.
kau lebih dari seorang kawan;
aku sayang kau;
 .
.
air mata A mengalir laju;
A tau;
dia pun rasa benda yang sama;
tapi sebabkan mereka dah macam adik beradik;
dia abaikan rasa itu;
.
.
tiba-tiba doktor bawak khabar yang Z koma;
pandangan A gelap, dia rebah, tapi masih genggam kapal terbang kertas tu;
 .
perempuan tadi rasa, peha dia di cuit;
sekaligus mematikan segala kisah yang berputar dalam otak;
dia pandang bawah;
budak lelaki baju Ultraman dan budak perempuan dress pink tadi;
budak perempuan dress pink hulur dia satu kertas;
bentuk kapal terbang;
budak lelaki itu, tunjuk arah kanan;
kemudian mereka terus lari;
perempuan tu menoleh;
ada satu figura;
.
dia kenal lelaki itu;
dia senyum;
lelaki itu menuju arah perempuan itu;
sampai depan perempuan tu dia hulur lagi kapal terbang kertas;
tapi kali ni kapal terbang kertas yang conteng;
Z sayang A sampai bila-bila;

.:. wassalam.:.

nota kaki;
kalau ada jodoh tak kemana;




21 comments:

tiha said...

wah sweetnya story ni angah...hampir berjurai air mata aku ni ke pipi...btw happy ending thought ^__^

paradoks hati said...

@tiha: hehe..ada jodoh tak kemana kan?
nantikan cerita laen..hoi3..haha

ice♥ice said...

waah....mmg feeling ah bace story ni..sob2 :')

tiha said...

weh keluar je kotak komen ni....^__^

paradoks hati said...

@ ice: hehe..thanks:)

@tiha: tadi tak kuar.mmg nak kene eh broadband ni

misyamissyou said...

bestnye cerita ni..suweeeetttt..

paradoks hati said...

@misyamissyou : thanks :D

LiFe KaMi said...

crite cinta mcm hindustan, hehe, nice story..

paradoks hati said...

haha.cite cinta mmg cm hindustan..:D

.:|kamaryeah|:. said...

nice~

paradoks hati said...

@kamaryeah:thanks :D

cik lya said...

mang menyayat ati

paradoks hati said...

@ cik lya:thanks :D

BUBU said...

Best gilee , seronok sgt .
boleh jadi penulis nieh , hee XD

paradoks hati said...

@BUBU :thanks :D
doakan la ye :D

mas. said...

uuiiittt..best la...apakah cite seterusnya....huhu...i like....

paradoks hati said...

@mas: masih dalam pemikiran cik mas..

Black_roses92 said...

suke story ni.. sayu d hati.. byk bnd yg t'igt.. nywy, kat A, saba la.. huhu.. *nak nangis* ;')

paradoks hati said...

@black_roses: sabar cik roses, thanks a lot :D

Khair Zawawi said...

CIK ,
suka sangat story ni !

tahniah !

really luv it ! ♥

paradoks hati said...

@ ENCIK.

thanks :D