Pages

February 24, 2011

JELAS;

salam;
.
.
jelas sekali dalam lingkaran kehidupan banyak pekara separa sedar yang buat kita kurang jelas;
kurang jelas atas dasar kita yang tidak mahu faham atau sebenarnya kita cuba untuk tidak faham, dan pada aku lebih denotasi bila katakan ada pekara yang tidak ada penjelasannya atau tidak perlu tahu penjelasannya;
.
.
merenung kembali pada lewat sekian garis kehidupan, sebab perlu lebih banyak pekara jelas buat hidup lebih kompleks, atau aku memangnya sang pemalas yang tidak mahu penjelasan terutama bila yang terlibat adalah kehidupan masa yang terlangkah ke belakang;
.
.
penjelasan yang memberi definisi luas yang terakibat perasaan bila mana libat kuasa silam yang pedih dan perit dan bila hubung dengan hati yang mudah rapuh dan kecai ia akan mudah terlerai;
.
.
ada manusia yang lebih senang bila kenal dengan manusia lain yang ingin tahu corak dan grid kehidupan dari sejak azali sampai apa yang terpegang kini; pada aku, lebih senang dengan apa yang tersaksi depan dua bebola mata aku;
.
kenal penjelasan dari buah butir orang lain, adalah sama sekali mahu terdasar kesahihan teramat sukar, 
terkadang yang melebih sudu dari kuah terhimpun; manakala mendengar penjelasan dari si punya cerita ada juga tambah tolaknya; walaupun ada isi penjelasannya masih tersadai tetapi citranya sudah kelam kabut;
.
.
penjelasan pada yang berlaku terutama apa yang terkebelakang ada kalanya sangat di perlu kerana penjelasan itu selalu jadi kunci terus terang terutama dalam hubungan kerana kelak tidak mahu ada masalah yang mendatang; pekara yang selayaknya di beri penjelasan harus  dan wajib di beri penjelasan yang teliti dan terperinci;
.
ada juga manusia yang sering lakukan sesuatu tanpa ada penjelasan yang mutlak dan pada aku apa yang sedang berlaku, sudah atau akan berlaku sememangnya sudah ada penjelasan yang tersendiri kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segalanya berbanding kita hamba yang hina;
.
.
sekian;
.
.:wassalam.:.

nota kaki;
 terima kasih pada semua yang datang :);

12 comments:

Nyssa Nuar said...

oke!
aku blur atau aku mmg slow???
grrrrr...

ghost writer said...

setiap apapun yang berlaku sememangnya punya alasan..dan terpulang pada sesiapa untuk menerima atau menolak alasan tersebut...

KinosKoko said...

everything happens for a reason..so jgn menolak..terima dengan positif..heee

khairul hisyam said...

sememangnya jalan itu lurus tapi kita selalu tersesat juga.

Cekodok said...

mendengar gosip itu lebih hangat diperkatakan.. yang belum tentu kesahihannya.. bila empunya cerita yang sebenar... seolah meragukan...

ielamorry.om said...

matang sungguh penulisan anda :)

YOUsoF said...

Betul tu.. semuanya telah disusun oleh DIA.. Yang tinggal kita tuk pilih jalan yang sebetulnya..

hulkymes said...

ira bah itu.. haha

r-5 said...

bahasa tersusun rapi, ayat trsirat erti,dalam maksud, bukan jumud.

etul setiap seuatu yang terjadi pasti ada sebab dan alasan yang tersendiri, tugas manusia bukan mempersoalkan tetapi menghadapi dengan tabah.go go gogirl cayok2! be strong, think for the rights and fight for it. sabar and tabah kunci kejayaaan :)

alexa yussida said...

suke ini post:D ssh tuk tahu perkara yg jelas pada masa kini melainkan benda tuh betol2 jadi depan mata sbb stiap individu punya sifat suka menyedapkan atau menyimplekan info atau cerita..(rosak bahasa saya..hahhaa)

bunga said...

tiba-tiba jer bunga baca ebtri ni dari bawah ke atas...hehe..

sesunggunya ALLAH lebih mengetahui mana yang terbaik bagi hamba-NYA..

paradokshati said...

@nyssa: hehe..:)

@gw: ya, tepat sekali :D

@kinoskoko: thank you :)

@khairulhisyam: kita memang sering tersasar :)

@cekodok: tepat sekali :)

@hulkymes: akim LOL :P

@iela: thank u :)

@yousof: betul tu :)

@r-5: thank you :)

@alexa: haha..thanks dear :D, okay juga bah tu :D

@bunga: ye..betul tu :)