salam readers;
.
.
haish..seharian aku nak mengedit blog la kononnya, sebab bila aku tengok blog-blog lain punyalah
cantik-cantik dan ceria ;
.
tapi lastly end up aku punya blog lebih kurang sama je, cuma ada la sikit-sikit aku buat penambahan dan penolakan, sebelum ni banyak kali jugak aku nak edit blog ni, tapi dah lepas berjam-jam aku edit lastnya aku tetap guna template lama aku;
.
entahla, bukan sebab aku malas nak edit ke apa, macam aku cakap sebelum ini aku pernah cuba banyak kali edit, tapi aku tak save;
.
.
.
mungkin sebab aku dah biasa dengan keadaan blog aku;
dan jadinya aku rasa lebih baik remain macam tu, sebab bila aku ubah jadi aku kena biasakan diri aku dengan keadaan tu;
.
.
dan ia memang perlu sedikit masa;
walaupun benda tu nampak simple je;
.
.
.
sama macam bila orang lain sekarang dah guna microsoft office 2010 tapi aku sampai sekarang guna microsoft office 2003 sebab aku dah mahir dengan tool dan layout tu;
.
standard sekarang, paling apa pun kawan-kawan aku confirm guna microsoft 2007, tapi aku tetap aku
still remain the same;
.
dan mulalah, bila slide dari lecturer atau pun document yang dapat dekat aku tapi tak dapat nak baca, aku barulah tergedik-gedik mintak tolong kawan aku convert file untuk aku sebab lappy aku tak support extension file tu;
.
kawan aku pernah cakap, tukar la microsoft office tu;
.
tapi aku cakap tak nak sebab aku dah biasa takpun nanti lah;
.
.
mungkin sebab perkataan biasa tu buatkan aku takut untuk berubah atau beranjak dari apa yang aku ada sekarang;
.
.
dan bila aku fikir balik semua ni, secara leksikal ianya memang sangat berkaitan dengan kehidupan aku sekarang;
.
.
SEBAB AKU DAH BIASA ATAU NANTI
adalah perkataan paling kerap aku gunakan bila aku di suruh bertukar dari apa yang ada
dari segala aspek sekalipun;
.
.
kalau di fikirkan balik, aku dah terlalu selesa sampai satu tahap bila nak keluar dari comfort zone aku sekarang walaupun di tarik sekalipun aku tak nak;
.
apa yang boleh aku kaitkan dekat sini, bila kawan-kawan ingatkan aku especially pasal hubungan sesama manusia yang berlawanan jantina yang membawa maksud carilah teman jiwa anda;
.
.
dan bila aku relatekan balik dengan segala keadaan yang sedang aku alami walaupun benda itu pekara kecil, ada betulnya kawan aku cakap yang aku takut untuk berubah;
.
aku bukan sahaja takut;
.
tapi mungkin aku dah tertingkat pada tahap extreme;
.
.
mungkin, perlahan-lahan aku perlu keluar dari keadaan aku sekarang, waima tak lama lagi aku bakal berubah dari alam belajar dan memasuki dunia kerja;
.
pada aku, berubah itu tak mungkin dapat di capai dengan sehari, hatta setahun pun untuk berubah dari keadaan yang selama ini sebati dalam diri teramatlah payah;
.
.
jadi berubah perlahan-lahan itu pada aku sudah cukup bagus untuk bermula pemulaan mencapai objektif, sebelum ambil langkah yang lain untuk berubah;
.
.
sememangnya perubahan itu sangat aku perlukan dalam segala liputan diri;
.
perubahan pertama semestinya aku sentiasa cuba untuk berubah untuk membaiki hubungan
bersama denganNYA;
.
sebelum, aku berubah ke arah benda lain sebab pada aku DIA merupakan priority;
.
kalau tiada langkah pertama, tak mungkin akan ada langkah kedua;
.
.
.
sekian;
.:.wassalam.:.
nota kaki;
sebagai percubaan aku cuba untuk berubah ke microsoft office 2007;
.
.
18 comments:
berubah untuk suatu yang akan mengembirakan hati kita...
untuk berubah perlu hatikuat juga barangkali
tak pe..upgrade pelan2. tq ye visit my blog.
berubahhh kalau ke arah kebaikan okeii je. ;)
betul tu...hidup terlalu selesa tu susah nk berjaya...tp bkn sumer perubahan tu bagus...
p/s: ak pn xnk tkr ms office tu ke 2007 tp pengformat laptop aku yg tkrkan..huhu
betul tu...hidup terlalu selesa tu susah nk berjaya...tp bkn sumer perubahan tu bagus...
p/s: ak pn xnk tkr ms office tu ke 2007 tp pengformat laptop aku yg tkrkan..huhu
ermmm...secara jujurnya ..
( cheewah..)..template ne sesuai je ngan blog kamoo...huhu...
hahaha..ko sama jak cm aq..still mcm "kuno"..org semua da bvista2..aq still guna windowss..btl2 ketinggalan kita ne cik topo...:P
I pernah melompat CorelDraw v.5 terus kepada v.10. Shocked + syok sebab memang banyak improvement!
>>> AMEKKO! <<<
Entri yang satu lagi hari nih: Susan Boyle: Before & After
yep..change is never easy..tp kdg2 nak try bnde baru jugak kan.. :)
lgi baik biasakn dri skg..tkut t bile trpksa brdpn, kta trkial2 sbb lnsung xbiasa..=)
berubah untuk memajukan diri...go ahead...anjak paradigma untuk kebaikan.
Betul tu. berusaha berubah walaupun sekecil zarah jauh lebih baik daripada sekadar kata² ingin berubah sebesar gunung..
take ur time.. ;)
perubahan memmakan masa juga dan memerlukan kesungguhan. taksalah jika kita berubah dikit-dikit daripada berubah extreme2. :)aku menyokong mu dan berubahlah jika hatimu terdetik untuk berubah~ jgn hesitate jgn was2, kuatkan langkahmu dan teruskan misimu. :) igt akan pencipta mu selalu~ ;)
@biskut: untuk berubah mmg sangat perlu kuat hati :)
@adzriel: welcome :)
@padie:mmg tepat :)
@redprincess:tu la tapi tak selamanya kita kene bergantung pada tahap cm tu la, berubah tu ada setiap risikonya :)
@rynie: thank u :)
@well:kita mmg sentiasa ketinggalan cik breakfast.hehe
@logorithim: saya pnah try corel draw tu :)
@misyamissyou: yep, betul :)
@chilled: yep, btul tu. thank u for the advice :);
@ctpayong: hehe..tul kak, thank u :)
@yousof:yep..betul tu..thank u :)
@r-5: yep..teramat setuju. thank u :)
kite jgn lah berubah kerana org len.. biarlah ikhlas dri ati kita sndiri... :)
em..kalau dah berubah, nanti lama-lama akan biasa jugak kan.. macam pengunaan office2003 tu.. memule gune mesti tak biase kan?.. tapi kemudian jadi biasa..
anyway, rasenye kite pon dah sama2 faham.. thnx sharing =)
@topimagine:ye.. berubah kerana diri sendiri :)
@along:heee.., tu la nak berada pada titik berubah tu la yang ssh..most welcome :)
berubah ke arah kebaikan..xslh.
berubah searus dengan teknologi..lg bgus..gud luck.
Post a Comment