Pages

January 04, 2012

2011 ke 2012;

salam, 
bersarang dan jarang sekali mengupdate itu aku. konon sibuk tahap giga sedangkan aku ada je dekat rumah tengok tv - yep. aku qada segala cerita yang aku tak dapat tengok dulu, csi , ncis, criminal minds, leverage segala. aku penetik channel fox, dan axn.
 title graduan segar belum lagi ada tarikh luput.dah empat bulan menganggur. bukan sebab aku tak nak cari kerja, tapi tu la macam-macam je alasan aku ciptakan supaya aku dapat berteleku dekat rumah. yang seangkatan banyak yang dah masuk fasa alam pekerjaan, belum lagi bergraduasi sudah ada kerja.
selepas sudah masing-masing menyarung jubah graduan lagi la ramai yang sudah berkarier.
yang saki baki macam aku masih ada. masing-masing ada yang belum tiba rezeki, ada yang ambil keputusan nak fikir apa yang perlu buat, mana arah tuju, pun ada dalam peratusan kecil. salah seorangnya aku.


sekilas 2011;
dari kawan bertukar jadi musuh.
(haha. mustahil gila, kan dari musuh nak jadi kawan, sangat rare untuk berlaku). ramai ke yang nak ketepikan ego untuk minta maaf pada seorang kawan walaupun usia perkenalan cuma tiga tahun, sekelip mata kawan yang dulu tolong back up assignment, yang pernah belikan makanan sebab kawan tu tak sihat, yang tolong photostatkan nota sebab kawan tak sempat nak keluar bandar. semudah itu dilupai. 
no offense. biarlah, kalau nak dikenang pun tersangat la tidak munasbah. yang berego akan kekal berego.yang keras tetap setia jadi keras. mana mungkin mahu jadi lembut.
AKU PUNYA EGO KATANYA. jadi. biarkan. :).


dulu mengadap buku, melimpah dengan assignment, nota dan kuliah. kini bebas boleh tengok tv seriang dan gelak ketawa. tapi, agak emosi sebab dalam pertukaran frasa kawan ke musuh itu masih ada ramai kawan yang aku akan kenang dan jadi memori manis. sebab dorang berkawan atas landas siapa diri aku, selalu ada bila masa susah dan senang. maklumlah waktu tu aku jauh di perantauan - haha. aku bajet gila sedangkan terbang 2jam20minit sudah sampai ke destinasi aku belajar. aku rindu nak sembang bawah blok sambil minum coke dari mesin gedegang tu, rindu nak datang bilik dorang sembang sampai lebam, nak pergi bandar makan tomyam dengan nasi ayam - tunggu bas free. banyak lagi.


2012 sudah genap umur suku abad. harus punya kerjaya. harus mencari diri dan mungkin teman lebih dekat (opposite gender). aku harus punya lebih perancangan yang tepat. tapi kalau andai ada salah, dan silap itu namanya hidup. learn from the mistake.

.:.wassalam.:.

nota kaki: 
separuh lagi pada sini :)
dan gambar tiada kena mengena.


6 comments:

Cik Ungu Kamila said...

hopefully 2012 membawa sinar baru kpd kita; penganggur sepenuh masa merangkap graduan segar ;)

happy new year PH ...

ReDiculousLy said...

habis stadi da??? congrat...bestnya dapat lepak2 kat rumah...aku rindu nak layan tv 24 jam cm zaman kecik2 dulu...huhu

SukaHatiAkulah said...

wah..berwajah baru..terkejot ambe...hehehe...usah di kenang kawan menjadi musuh itu..mari kite kenang part2 gosip! hehehehe~

@apikoss said...

goodluck.

YouSOF said...

Semoga tahun ni memberikan lebih warna-warni untuk semua insyaAllah..

Rezeki ada untuk masing², usaha kena terus ok! ;)

Tak berkawan dengan orang tu tak bermakna kita tak maafkan dia kan?

♥ Nana BamBam ♥ said...

bende lama jangan dikenang kenang key :)

mulakan hidup baru :)