perjalanan hidup ini panjang. cukup aku simpulkan setiap kali lepas aku berjaya melalui sesuatu pekara, aku akan bermonolog, aku dah lepas setiap perjalanan itu. dan macam mana aku lalui, aku sendiri tak tau. tanpa sedar setiap pekara itu akan selesai sama ada secara bagus ataupun sederhana, atau sekadar cukup bagi kepuasan dalam diri. asal lepas sudah kan?;
senja kelmarin, seperti biasa aku melangkah lemah ke dunia yang kian aku boleh sedangkan perwatakannya. acap kali perjalanan jarang aku biarkan kosong, dalam beg pasti ada bahan bacaan wajib, tak kisahlah apa sekali jenis penyampaiannya.
.
beg galas aku buka, setelah aku teringat yang aku belum lagi habiskan pembacaan aku.
aku lebih suka fiksyen. membaca fiksyen ada orang selalu sanggah bahawa ia sangat bazir masa, tapi pada aku menyelami dari sudut itu aku lebih suka. aku belajar banyak.
ada pandangan yang kata apa yang boleh belajar. belajar pasal cinta? lebih berangan?
belajar itu sangat luas maksud. ambil yang positif. aku belajar kenal dunia di situ, belajar ke tempat yang aku tak pernah pergi, belajar kehidupan orang lain di situ. belajar pekara yang aku tak pernah tau.
.
aku selak halaman yang bertanda. kembali pada ayat terakhir bacaan.
*tekun*
aku tutup buku, tanpa aku sedar sungguh aku belajar banyak dari buku itu, belajar lebih kenal dengan lebih rapat siapa aku di sisi DIA. kolam mata aku dah jemu bergenang, tunggu jatuh ke pipi. sungguh aku sangat tersentuh *lebih makan dalam*;
.
.
perjalanan hidup itu memang susah nak di ramal. dan sekarang aku dalam satu arah. bergerak ke destinasi yang tiada nama. selagi ada ruang aku berhenti berehat,
hilang penat;
kemudian aku jalan balik;
.
sesekali terfikir yang hidup aku sudah kian pucat, tiada seri.
tiada warna. *meaningless*;
.
.
persepsi dalam diri itu, aku rasa perlu ubah. rangka segala benda. bukan berangan, jangan ikut arus lagi. biar aku yang tentu mana arus aku nak ikut sebab pada itu lagi mudah dari biar diri di kemudi. kini mungkin dalam satu per seribu kilometer, aku mungkin tidak rasa erti perjalanan itu. hanya lalu tanpa pandang yang kiri kanan perjalanan itu ada maksud terdalam;
bertapak, berjalan, berlari;
yang penting;
.
*mulakan langkah*
dan cari erti;*dengan caps lock*
dan cari erti;*dengan caps lock*
sekian
.
.:.wassalam.:.
nota kaki;.
contengan jalanan - hlovate;
12 comments:
whatever it is.. keep smiling.. :)
kadang juga rasa begitu. namuun apa yang pasti. dalam perlahan kita cuba menapak diri kita pada satu arah yang pasti. insyaallah apa yang ingin dicapai akan tiba. keep holding on!
ko da baca contengan jalanan? aku x dapat cari lg...kt tmpt aku xde jual...;(
Lama tak layan ayat² puitis kat sini.. Lambat sikit baru dapat tangkap maksudnya.. ( ni pun blur sikit² lagi) ;D
Kadang² rasa sangat berat nak buat langkah permulaan tu sebab dah selesa dengan keadaaan sekarang...
teruskan penulisan yg indah... =)
bila diri bermonolog :)
sekurang-kurangya masih ada destinasi yang boleh dituju :)
@ungu kamila : harapan nya begitu :)
@anamizu: bermonolog itu pembahagi diri :D
@nur misnan: thanks :D
@yousof: mmg sebab terlalu selesa, tu pasal susah nak keluar dari comfort zone tu :D
@red: dah baca. super best :D
@chacha: thanks a lot. harapnya sy mmg pegang itu :D
@toblerone: thanks :)
pengalaman..
mengajar erti kehidupan :)
Harap² hidup ni tak terlalu selesa...
mulakan langkah dan cari erti *dengan caps lock*. i like this! best monolog ever,haha
mendalam sgt...:)
Post a Comment