Pages

January 29, 2011

BUKAN TAKUT UNTUK BERUBAH;

salam readers;
.
.
haish..seharian aku nak mengedit blog la kononnya, sebab bila aku tengok blog-blog lain punyalah
 cantik-cantik dan ceria ;
.
tapi lastly end up aku punya blog lebih kurang sama je, cuma ada la sikit-sikit aku buat penambahan dan penolakan, sebelum ni banyak kali jugak aku nak edit blog ni, tapi dah lepas berjam-jam aku edit lastnya aku tetap guna template lama aku;
.
entahla, bukan sebab aku malas nak edit ke apa, macam aku cakap sebelum ini aku pernah cuba banyak kali edit, tapi aku tak save;
.
.
.
mungkin sebab aku dah biasa dengan keadaan blog aku;
dan jadinya aku rasa lebih baik remain macam tu, sebab bila aku ubah jadi aku kena biasakan diri aku dengan keadaan tu;
.
.
dan ia memang perlu sedikit masa;
walaupun benda tu nampak simple je;
.
.
.
sama macam bila orang lain sekarang dah guna microsoft office 2010 tapi aku sampai sekarang guna microsoft office 2003 sebab aku dah mahir dengan tool dan layout tu;
.
standard sekarang, paling apa pun kawan-kawan aku confirm guna microsoft 2007, tapi aku tetap aku 
still remain the same;
.
dan mulalah, bila slide dari lecturer  atau pun document yang dapat dekat aku tapi tak dapat nak baca, aku barulah tergedik-gedik mintak tolong kawan aku convert file untuk aku sebab lappy aku tak support extension file tu;
.
kawan aku pernah cakap, tukar la microsoft office tu;
.
tapi aku cakap tak nak sebab aku dah biasa takpun nanti lah;
.
.
mungkin sebab perkataan biasa tu buatkan aku takut untuk berubah atau beranjak dari apa yang aku ada sekarang;
.
.
dan bila aku fikir balik semua ni, secara leksikal ianya memang sangat berkaitan dengan kehidupan aku sekarang;
.
.
SEBAB AKU DAH BIASA ATAU NANTI
 adalah perkataan paling kerap aku gunakan bila aku di suruh bertukar dari apa yang ada
dari segala aspek sekalipun;
.
.
kalau di fikirkan balik, aku dah terlalu selesa sampai satu tahap bila nak keluar dari comfort zone aku sekarang walaupun di tarik sekalipun aku tak nak;
.
apa yang boleh aku kaitkan dekat sini, bila kawan-kawan ingatkan aku especially pasal hubungan sesama manusia yang berlawanan jantina yang membawa maksud carilah teman jiwa anda;
.
.
dan  bila aku relatekan balik dengan segala keadaan yang sedang aku alami walaupun benda itu pekara kecil,  ada betulnya kawan aku cakap yang aku takut untuk berubah;
.
aku bukan sahaja takut;
.
tapi mungkin aku dah tertingkat pada tahap extreme;
.
.
mungkin, perlahan-lahan aku perlu keluar dari keadaan aku sekarang, waima tak lama lagi aku bakal berubah dari alam belajar dan memasuki dunia kerja;
.
pada aku, berubah itu tak mungkin dapat di capai dengan sehari, hatta setahun pun untuk berubah dari keadaan yang selama ini sebati dalam diri teramatlah payah;
.
.
jadi berubah perlahan-lahan itu pada aku sudah cukup bagus untuk bermula pemulaan mencapai objektif, sebelum ambil langkah yang lain untuk berubah;
.
.
sememangnya perubahan itu sangat aku perlukan dalam segala liputan diri;
.
perubahan pertama semestinya aku sentiasa cuba untuk berubah untuk membaiki hubungan
 bersama denganNYA;
.
sebelum, aku berubah ke arah benda lain sebab pada aku DIA merupakan priority;
.
kalau tiada langkah pertama, tak mungkin akan ada langkah kedua;
.
.
.
sekian;

.:.wassalam.:.

nota kaki;
sebagai percubaan aku cuba untuk berubah ke microsoft office 2007;
.
.

January 26, 2011

INFINITI :);

salam readers;
.
entri kali ni khas merujuk kepada entri yang telah direview oleh en.irwan;
.
jutaan terima kasih sebab review entri SANG PENASIHAT CINTA SETIA;
.
kalau nak baca, klik je tajuk entri tu okay :);
.
.
.
bagi segala komen dan review entri tu :);
.
walaikumussalam en.irwan :);
pertama sekali terima kasih sbb entri tu ;
saya suka metafora, macam bila kita tengok orang accident;
.
kita boleh cakap itu dan ini akan hakikatnya kita bukan cedera ataupun etc;
.
kita jarang ditinggalkan dengan baris masalah itu;
dan keadaan bila kita pula yang ada masalah;
putarannya juga akan berlaku, kita akan sentiasa cari orang yang boleh dengar masalah kita;
.
.
dan pengakhiran nya kita akan cakap;
.
"ko tak faham", "bukan ko yang rasa" dan etc;
dan saya juga antara tergolong dalam begitu :);
dan tanpa tertinggal ayat macam tu memang akan keluar;
.
.
.
dan keadaan yang sama berlaku, bila kondisi itu berlaku pada orang yang berada dalam keadaan yang sama dengan kita :);
.
.
.
mendengar masalah orang lain tidak jadi masalah bagi saya :);
.
macam bila orang edar questionnaire dekat shopping complex, kampus atau hatta tepi jalan sekali pun, ramai orang tak suka tapi saya suka :);
.
metaforanya bagi saya, sebab menjawab questionnaire itu dah beri hak kita untuk jawab, bagi apa betul saya akan tanda betul dan pada yang tak tau saya akan neutral kan :);
.
.
serius, tapi mendengar masalah orang lain, sangat membantu kehidupan saya :);
dan membantu mengingati diri saya kerana manusia tidak akan berhenti di uji dengan masalah tak kira dalam aspek apa sekali pun;
.
dan masalah itu pada saya sangat tiada skala :);
.
hilang pemadam pun sebenarnya masalah :);
.
dan nota kaki, itu memang tepat dengan diri saya;
.
saya memang sangat tak pandai selesai masalah diri sendiri :);
.
.
terima kasih sekali lagi en.irwan atas entri anda;
rasa menghargai dan gembira ini tiada infiniti bila ada yang menghargai tulisan saya :);
.
infiniti terima kasih :);
.
.

.
sekian
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
mendengar pengalaman orang lain umpama membaca buku yang tidak mampu di cetak,
sebab ia sentiasa ada kesinambungannya dan kita sentiasa tidak tahu bila masa pengakhirannya :);
.

January 25, 2011

BILA CUTI BAKAL MENJELANG;

salam readers;
.
.
ayat kebiasaanya mesti aku akan cakap;
.
lama sungguh tak update blog...aku ni memang sangat tipikal;
.
.
huhu;
.
.
okay, selamat pagi semua;
.
.
tak lama lagi, atau pun lebih tepat minggu ni bakal bermula lah cuti selama seminggu;
.
.
mid term break, tapi aku memang tak balik sebabnya keadaan tiket yang sangat la mahal, dan memandangkan tak lama lagi (insyallah) aku bakal bergraduasi dari tanah yang aku berpijak selama hampir tiga tahun ni;
.
doakan aku supaya aku dapat tamatkan semester ini dengan jayanya :);
.
dan bila cuti bakal menjelang, biasala student-student dekat sini pada siapa yang akan sambut CNY atau yang duduk dekat-dekat akan balik ke kampung masing-masing;
.
.
kelas pun dah banyak takde, dan keadaan kampus semakin la sepi;
.
dan pada siapa yang tak balik, akan rancang percutian pergi mana-mana;
.
.
.
kalau tak de aral aku pun ingatkan nak pergi berjalan-jalan jugak :);
.
.
.
tapi masih dalam perancangan :);
.
kalau di ikutkan hati aku nak je balik, tapi seperti mana yang aku terangkan di atas so aku akan habiskan masa dekat sini je;
.
dah la aku cuti dua minggu sebabnya lepas cuti tu semua kelas dah ganti;
.
tapi kalau aku balik confirm la aku tak buat kerja, sebabnya kerja editing aku memang tak berjalan langsung lagi, so masa terbaik maybe waktu cuti ni selain aku bakal khatam segala tv series yang dah pun aku rembat dari kawan aku;
.
.
ramai jugak yang aku dengar tak balik atas faktor projek akhir yang tak bergerak, at least lepas cuti aku dah dapat teruskan phase consultant;
.
.
selain itu, banyak jugak benda aku tak settle lagi, antaranya aku tak cari lagi tempat praktikal dan aku tak tau nak praktikal dekat mana, oleh di sebabkan aku majoring in multimedia so aku kalau boleh nak praktikal dekat company yang buat video editing dan sewaktu dengannya, ataupun apa yang berkait dengan multimedia;
.
.
kalau ada cadangan dekat mana tolong bagi tau ek, sebab aku serius tak tau nak praktikal dekat mana antara kl, selangor ataupun perak;
.
.
thank you;
.
.
dan selamat bercuti pada semua yang bakal bercuti :);
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
nak makan buah limau;

January 17, 2011

FINALLY:);

salam readers;
.
.
dapat gak aku mengupdate blog, walaupun aku tak de la busy mana setakat ini;
.
.
tapi lebih terarah, tak tau nak taip apa;
.
huhu..update ringkas dari aku;
.
finally;
.
yang pertamanya: congrates kepada adik aku sebab di terima masuk ke sekolah impian dia;
.
.
akhirnya tercapai gak impian dia nak masuk situ even sebelum ni waktu dia dapat keputusan yang layak untuk masuk situ, waktu form one, tapi tak dapat...;
.
itulah, agaknya rezeki dia kali ni pulak;
.
.
alhamdulillah, dan syukur;
.
.
untuk adik;
strive the best untuk spm;
jangan main-main;
ingat cita-cita kita;
huhu;
.
.
dan kedua;
.
.
aku dapat gak makan kfc setelah dekat seminggu aku teringin bangat nak makan;
.
kempunan kfc tahap maksima;
.
aku ni memang gedik, bila time pergi bandar aku buat tak nampak je kfc yang tersergam indah tu;
.
.
.
tapi bila time dah sampai hostel, orang angkut plastik tu baru la aku poyo nak makan;
.
dan akhirnya atas ehsan room mate aku yang pergi bandar hari ni dapat la aku;
.
.
meratah dua ketul ayam + coleslaw + mashed potato berserta air pepsi saiz regular;
.
+
.
.

bun dia hilang dalam plastik tu, sebab aku selalu lupa makan bun tu;
.
.
.
huhu;
.
.
alhamdulillah;
.
.
:);
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.
.
.
nota kaki;
:);
.

January 15, 2011

JANUARI :);

salam;
.
memang teramat lama la aku tak update blog;
.
itulah menjadi masalah aku bila masa aku duduk dekat rumah hari tu memang aku jarang nak bukak laptop;
.
tapi, sedar tak sedar dah dua minggu aku balik kampus menghabiskan final semester sebelum aku bergraduasi;
.
insyaALLAH;
.
doakan ye :);
.
.
.
semester ni memang lagi la sibuk, sebab banyak benda nak di uruskan;
.
nak settle kan projek terutamanya;
.
tempat praktikal pun aku tak cari lagi;
.
.
dalam kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada sapa yang sudi follow dan datang menjengah;
.
segala blogwalking dan segala pekara aku akan cuba reply perlahan-lahan;
.
.
thanks :);
.
.
.
.
walaupun, aku agak ketelatan, dalam mengucap dan membincangkan tentang  tahun 2011 sebab yang pastinya dah dua minggu pun berlalu;
.
apa yang pastinya harapan untuk 2011 ni, memang la banyak;
.
semoga tahun 2011 ini memberikan seribu erti pada kita semua;
.
.
.
.

.
pada aku, aku masih cuba mencapai azam tahun lepas;
.
yang masih lagi tidak dapat di capai;
:);
.


.:.wassalam.:.
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.
.
.
nota kaki;
aku akan cuba update entri lagi;
thanks pada yang datang menyinggah, follower, dan juga yang komen :);