Pages

October 07, 2011

AWAN MANIS;


aku suka dongak langit,
kerna setiap kali aku mendongak,
aku sering nampak gumpalan persis gula-gula kapas,
hey, aku tahu itu awan, tanpa perlu di perkenal lagi
sesiapa pun kenal yang dia sang awan,
sang awan yang setia menghiasi dada langit,
buat diri aku terkenang akan kamu,

bicara tentang aku, kamu dan awan,
kau macam awan,
awan yang boleh bentukkan dirinya jadi pelbagai,
terkadang aku bisa melihat awan menggaris senyum,
menyusun kepulan putih itu lalu bentuk jadi hati,
ataupun ia lebih senang dirinya begitu,

sang awan masih terambal di situ,
walau memandangnya buat hati aku tambah keping,
tambahan bila ia berkait tentang kamu,
tapi melihat awan sudah cukup beri erti tentang kamu,

jauh di dasar hati,
awan yang seringkali buatkan hati aku jadi manis,
macam kau yang pernah buatkan hati aku jadi manis,

aku, kamu dan awan,
awan memang akan sentiasa damping langit biru terbentang,
cuma jadi beza bila dalam frasa itu kata kamu sudah lenyap,
tinggal aku dan awan,

aku dan awan,
walau empat abjad bawa kata KAMU itu sudah hilang,
tapi aku tetap punya empat abjad lain,
yang seru kata AWAN,

dan hari ini,
aku masih dongak langit,
aku masih terpaku setiap kali lihat kepulan gebu itu.
aku masih ingin rasakan melihatnya sudah cukup buat hatiku jadi manis,
sekali lagi, si comel itu berjaya,
kerana awan itu akan sentiasa jadi gula dalam hati aku.

catatan lama, tapi tetap segar dalam jiwa;


nota kaki;
gula - warna warni, banyak segi yang penting-
rasa manis bagai gula dalam hati 



August 18, 2011

ORANG ASING;

lame excuse seperti biasa aku mulakan. ya aku tiada kesempatan nak update belog buruk aku ni; 
graduasi dari praktikal, aku dah dapat offer jadi full time housewife tanpa aku apply :). 
kerja suka rela yang aku rasa sesuai untuk aku sementara aku secara rasmi jadi seorang pekerja 
*masih dalam proses pencarian yang secara tidak aktif*
.
dua puluh empat tahun mungkin sudah telat pada orang. juga pada aku tanpa nafi ya sudah agak lewat.
 aku mula langkah demi langkah lepas spm, ke diploma dan rezeki murah terus sambung ijazah. alhamdulillah :). 
.
.
yang penting jalan yang di lalui itu lurus dan di redhai :);
aku rasa takut bila habis belajar, sebab aku tak penah ada perancangan ;
aku hanya ikut jalan yang sedia ada;
sekarang aku perlu, merancang tentang masa hadapan. 
apa yang nak buat lepas graduate. nak kerja/sambung master. 
nak kerja apa.? *haish*,
banyak lagi yang nak difikir..:)..
.
.
aku sekarang orang asing dalam sebuah dunia yang baru aku mahu kenal :)
bersedia ke aku?
sekian;

.:.wassalam.:.

July 22, 2011

KOTAK KACA;

hidup sempit tapi keliling dengan panorama cantik aku boleh simpulkan ia indah. indah kerana peluang melihat dunia walaupun berada dalam suatu lingkungan yang mustahil untuk terbaring selesa. yang penting peluang menikmati pemandangan itu jelas, cukup oksigen untuk di hela pada aku sudah sampai limitasinya.
.
.
orang kata, memandang itu belum cukup, dapat merasa, pegang, lagi bisa boleh selam perasaanya;.
cukup puas, tercapai objektifnya;
entah kenapa orang kata itu pada aku sukar untuk aku serap dalam fikiran, mungkin kerana orang kata *masih lagi dengan orang kata* harus fikir lalui sudut pandang yang positif.
aku terima dengan terbuka hati tambahan dengan aku hargai.
memang apa yang orang kata, tanpa sangkal adalah yang paling betul;
cuma aku ni barangkali susah menerima *lebih tepat rasa tusukan sakit itu pedih bila hanya dengan barisan kata*;
.
.
perenggan ini. aku rasa belum sampai masa nya aku melangkah keluar dari lingkungan ini. aku selesa di dalam, lebih senang berdiri memerhati dari segala yang bakal terjadi.*protect diri*
aku senang jadi manusia kotak kaca, yang bila tiba masa aku mahu melolos diri.
aku sendiri bakal buka pintunya tanpa perlu desakan yang menyuruh aku keluar;
tapi sampai bila, aku pun tak tau, aku sudah termaksima selesa. aku juga perlu desakan itu. entah. aku bingung;
.
sekian

.:.wassalam.:.

nota kaki;
jadi belon warna warni masih bisa penuhi ruang :);

July 14, 2011

KOMPLEKS.MELANKOLIS.KUNCI.LARI;

kompleks fikiran itu atas dasar kita sendiri mahu buat fikiran itu kelam kabut. kita berhak. hakikatnya sendiri ada separa yang ucap hidup itu ringkas. kau saja yang mahu buat dia kompleks. fikiran terus jadi cemerkap.
pada aku, hidup terlalu datar tanpa ada graf di paksi x dan y itu berconteng lebih bosan. kosong.
.
fikiran yang ringkas itu pada aku tetap ada kurangnya, hidup ini ringkas atas namanya. *sangat setuju*. terjelas sekali hidup itu atas definisi sendiri. subjektif. jawapannya sama sekali tak kan ada salah ataupun betul;
.
terlalu ringkas terkadang memang selalu buat hidup makin sukar.
*pelik* entah kenapa aku rasa macam tu;
fikiran terlalu ringkas, bisa juga buat hidup itu lurus *sekiranya semua berjalan lancar*;
masakan hidup hanya perlu di limpah dengan jalan lurus, selusur jalan yang lebih liku; *extreme*;
.
.
melankolis itu sudah tertegak bakal bawa satu perasaan sendu. pancaran dari air muka mungkin hendak sesekali terpandang itu sukar. lebih senang ukir senyum dengan hiasan ketawa. *bukan fake*.
aku lebih senang begitu, tanpa perlu ada liputan. memegang permasalahan dan persoalan yang bakal  aku jawab sendiri dengan kudrat;
bukan aku mendabik bahawa aku kuat hati, tapi aku cukup lemah dengan cara aku sendiri;
itu kekurangan besar aku, lebih senang bermesyuarat dengan minda dan hati yang bakal bawa banyak watak ataupun bertengkar dengan papan kekunci;
.
.
dalam dua tahun tujuh bulan ini, macam sudah puas aku berlibur sendiri dengan perasaan.
konklusi terlangkah belakang bahawa aku sudah lupa kunci yang aku buang dahulu, tapi aku makin nampak gemilaunya. mungkin sedikit lagi pencarian aku bakal terjumpa dengan ia. dan itu antara pengharapan tertinggi *aku harap kunci yang akan aku jumpa adalah kunci yang pernah aku buang dahulu, kalau palsu mungkin lebih lama lagi pencarian*. ambil masa;
.
.
untuk kejar orang lain supaya aku berada di peringkat mereka itu mungkin agak terlewat, ataupun sudah sampai waktu untuk aku berlari sehabis nafas mengejar ke garisan tamat sebelum aku bisa mula acara dan ke peringkat lain;
.
entah. pengharapan aku supaya berganding duo untuk jadi fikiran kompleks, melankolis, mencari kunci *kalau sudah duo mungkin tamat*, dan berlari empat ratus meter berganti-ganti, cari gula-gula dalam tepung itu lebih menarik;
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;



July 06, 2011

TAHNIAH :)

entri cerita betul aku :); 
aku tak pernah ada maksud nak sambung entri itu tapi nampaknya perjuangan kian ganas *si dia terus berjuang walaupun hadiah kemenangan adalah objektif melihat kejatuhan orang lain*;
*tahniah* kamu pejuang tegar :);
aku pun bukan sekuat itu untuk terus perjuangan itu nampaknya; 
.
kalau dulu aku bilang, aku tidak mahu balas perjuangan itu *aku masih tetap dengan keputusan itu*;
 tapi tampaknya makin membisu, lemparan kata yang buat hati terhiris itu semakin berderu pantas;
jadi orang yang sudah sedia mahu tewas pun masih di provok untuk bangkit *tahniah lagi, kamu sememangnya tiada putus asa* aku kagum;
.
.
andai kata, aku baca sesuatu yang aku rasa perlu untuk aku kongsi kan tanpa ada rasa niat yang terlindung, jadi satu kesalahan besarkah? *atau kau mudah melatah*;
owh, aku lupa minta maaf kalau ia jadi kesalahan; *aku kan gelabah*
*kita manusia jangan nak ingatkan orang sangat, sebab orang tak suka*
.
bernafas atas muka bumi ini , walau menghirup oksigen neutral yang sama banyak manusia yang rasa dia hirup oksigen perisa ribena *perasan diri istimewa*;
aku mungkin bukan manusia yang akan bawak parang, sabit, pisau untuk tikam kau sampai mati ataupun terus menerus melancang mulut untuk keluarkan kata makian, carutan ataupun segala perkataan yang kau guna sampai habis kamus rosak kau kemudian sebar semesta alam bagi tahu tentang itu;
*bukan, walaupun aku pernah*
aku kan MANUSIA;
.
segala lemparan, cacian, makian, hasutan kau atau segala benda yang kau katakan :);
*aku hanya mampu senyum*
andai hati aku terus berdarah atas kata-kata kau, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak :);
kau mungkin manusia paling ISTIMEWA pernah aku jumpa, bukan seorang yang mudah untuk mengalah terus menerus tegakkan perjuangan kau *dapat hadiah kan, luaskan wilayah kebencian atas manusia orang lain*
.
aku juga bukan layak untuk terus hakimi kau, sebab kau hirup oksigen ribena, sebab kau istimewa, kau menang jajah minda manusia, kau menang terus lemparan sampai tiada ayat untuk aku balas *bukan sebab aku tak nak balas, sebab aku tak sama taraf rosak macam kau*, banyak sangat kemenangan kau kalau aku nak ucapkan *yang penting kau pemenang segala*, aku ucap infiniti tahniah :);
.
tahniah juga sebab kau dah berjaya rosakkan perasaan orang lain dan lagi kau dah berjaya bentang kertas kerja perang emosi dengan orang lain dan kau dapat pembentang terbaik *tahniah lagi*
.
tahniah, tahniah,  dan tahniah sebab kau dah bagi tahu siapa kau yang sebenarnya :);
.
.
sekian
.
.:.wassalam.:.

nota kaki:
kau terlalu famous tu pasal susah nak dekat :);

*lupa penjajahan minda yang tak boleh dibeli*

June 27, 2011

SATU PER SERIBU;

perjalanan hidup ini panjang. cukup aku simpulkan setiap kali lepas aku berjaya melalui sesuatu pekara, aku akan bermonolog, aku dah lepas setiap perjalanan itu. dan macam mana aku lalui, aku sendiri tak tau. tanpa sedar setiap pekara itu akan selesai sama ada secara bagus ataupun sederhana, atau sekadar cukup bagi kepuasan dalam diri. asal lepas sudah kan?;
.
.
senja kelmarin, seperti biasa aku melangkah lemah ke dunia yang kian aku boleh sedangkan perwatakannya. acap kali perjalanan jarang aku biarkan kosong, dalam beg pasti ada bahan bacaan wajib, tak kisahlah apa sekali jenis penyampaiannya. 
.
beg galas aku buka, setelah aku teringat yang aku belum lagi habiskan pembacaan aku.
aku lebih suka fiksyen. membaca fiksyen ada orang selalu sanggah bahawa ia sangat bazir masa, tapi pada aku menyelami dari sudut itu aku lebih suka. aku belajar banyak. 
ada pandangan yang kata apa yang boleh belajar. belajar pasal cinta? lebih berangan?
.
.
belajar itu sangat luas maksud. ambil yang positif. aku belajar kenal dunia di situ, belajar ke tempat yang aku tak pernah pergi, belajar kehidupan orang lain di situ. belajar pekara yang aku tak pernah tau.
.
aku selak halaman yang bertanda. kembali pada ayat terakhir bacaan.
*tekun*
.
.
aku tutup buku, tanpa aku sedar sungguh aku belajar banyak dari buku itu, belajar lebih kenal dengan lebih rapat siapa aku di sisi DIA. kolam mata aku dah jemu bergenang, tunggu jatuh ke pipi. sungguh aku sangat tersentuh *lebih makan dalam*;
.
.
perjalanan hidup itu memang susah nak di ramal. dan sekarang aku dalam satu arah. bergerak ke destinasi yang tiada nama. selagi ada ruang aku berhenti berehat,
hilang penat;
kemudian aku jalan balik;
sesekali terfikir yang hidup aku sudah kian pucat, tiada seri.
tiada warna. *meaningless*;
.
.
persepsi dalam diri itu, aku rasa perlu ubah. rangka segala benda. bukan berangan, jangan ikut arus lagi. biar aku yang tentu mana arus aku nak ikut sebab pada itu lagi mudah dari biar diri di kemudi. kini mungkin dalam satu per seribu kilometer, aku mungkin tidak rasa erti perjalanan itu. hanya lalu tanpa pandang yang kiri kanan perjalanan itu ada maksud terdalam;
.
.
bertapak, berjalan, berlari;
yang penting;
.
*mulakan langkah*
dan cari erti;*dengan caps lock*
.
.
sekian
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;.
contengan jalanan - hlovate;
mengingati diri;
.

June 17, 2011

KALAH TANPA SEDAR;

perjuangan tanpa darah;
aku fikir kalau ia boleh di perjuangkan, pasti mulut akan terus keluar kata-kata yang tidak ada noktah. terus menyusun baris kata agar ia boleh di tegakkan. laksana benang yang basah mahu di bawa berdiri. 
rasa terseksa dalaman masih buat rasa tertikam itu lebih tinggi berbeda dengan sakit fizikal. 
sekali di tepuk, dua tiga hari nanti pasti boleh hilang pedih. parut yang ada masih boleh dicari ubatnya untuk di hilang kesan;
.
.
aku bukan jua manusia yang bijak untuk menyusun kata terus membalas satu perjuangan pada aku yang tiada erti. bukan. sebab ia memang rumput yang meliar aku rasakan. perlu di cabut untuk jadi bersih dan cantik. sebelum ini, perasaan untuk melindungi diri dari terkena tempias perjuangan itu lebih senang. 
bakal tiada parut. bakal tiada sakit tikaman perasaan;
.
.
defensif itu tepat. salahkah bersikap defensif? tidak perlu susun abjad untuk jadi suatu frasa untuk luah perjuangan itu. ya. sekarang, perjuangan kian luas. tidak perlu pedang dan parang, cukup dengan papan kekunci bisa getar banyak perasaan;.
.
.
pendapat aku, kalau mahu menikam, tikam lah. kalau mahu di cincang. cincang lah juga. kalau mahu lebih tipis, hirislah.
.
pedih, sembiluan, getir, perit bererti. dalam.
aku bukan patung yang di jentik kaku. tapi hakikatnya kalau kita tidak mampu selami masakan ada autobiografi kan. jelas itu semua juga ada perasaan.
.
tunduk diam. ketawa. dan bisu.
itu bukan beri definisi kalah. ia terarah supaya jangan kita setaraf dengan golongan memperjuangkan pekara yang tidak wajib. tidak perlu jadi kumpulan seperti itu. menang sorak dengan silu rasa manusia lain. ketawa atas kepuasan denting hati manusia supaya jadi perit.
.
.
kalah tanpa rasa sedar kerana minda sering kata ya aku sudah menang kerana aku berjaya luaskan penjajahan minda. aku senyap lagi berfikir.
.
bukankah ada DIA yang lebih tahu?;
.
sekian
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
*terlupa* , tahniah atas kejayaan itu :)
.

June 16, 2011

DUNIA SEGI TIGA;

salam readers;
.
.
memang lama sangat aku tak update blog ni, and memang boleh dikatakan aku teramatlah lame sebab mostly my entry will begin macam ayat tu;
.
and as usual, sememangnya aku rasa berblog ni perlukan masa yang amat banyak untuk aku, satunya sebab aku sangat susah untuk cari masa, dan kadangkala walaupun otak aku berkajang nak tulis entri but up in the end aku akan lupe pekara yang nak aku tulis;
.
.
previous ni, aku pny last entri kalau tak salah bulan mac yang lalu aku bercuti sekejap dari berblog sebab aku nak concentrate on  final year project, dan alhamdulillah semuanya dah berjalan dengan lancar, walaupun ada byk pekara yang aku rasa tak ikut schedule. then, aku busy dengan thesis dan kemudian final exam, dan aku balik semenanjung. dan everything sound sangat rushing, sebab back in the few months aku tak sedar aku dah lalui saat-saat yang di takuti sebagai seorang final year student ;
.
.
current updates: sekarang tengah praktikal  dekat tempat yang masih dalam semenanjung dan tempat yang aku nak elak selama ni,tp memang aku dapat banyak gila pengalaman sepanjang aku internship dekat sini smp end of august, sekiranya rezeki aku dekat sini  berterusan memang bersyukur sangat. pray for me!!!
.
secondly:  kita selalu memang tak dapat apa yang kita nak, aku memang ambil multimedia tapi aku pny minat bukan fully 100 percent dalam multimedia sector. mungkin sebab aku rasa terikat dengan sesuatu buat aku jadi lebih sempit. entah, jangan tanya kenapa itu apa yang aku rasa. 
.

.
dan waktu tu, jiwa aku lebih memberontak untuk cepat habis belajar dan after tu aku boleh buat whatever yang aku nak. dan sememangnya aku cukup sempit sebab fikir macam tu. sebab kita tak kan dapat apa yang kita nak; 
.
.
serius. dan sekarang aku berada dalam satu dunia yang cukup segi tiga untuk aku, tempuh hidup sebagai sebahagian pelajar dan sebahagian lagi status aku sebagai yang sudah ada komitmen pada company yang aku intern,ada suku dalam diri aku yang tak tau apa yang aku nak dalam hidup. i can list everything down apa yang aku nak. tapi, aku tak tau dalam list yang aku buat aku boleh pangkah tak or sama ada pekara itu akan selesai atau tak dan aku boleh take time untuk garis tulisan atas itu untuk cakap okay my goal dah di capai and mission accomplish.
.
.
kemungkinan untuk list di tambah dan makin panjang, sangat tinggi dan mungkin sampai aku kena selak next page untuk list down lagi;.
.
dan aku sangat berharap everything will running smoothly :).
.
.
sekian;.
.
.:.wassalam.:.
.
.

nota kaki:
aku rindu berblogging, blog walking, dan aku akan cuba cari masa untuk kembali macam dulu :);.
thanks for those yang masih comment dalam blog aku, thanks a lot :D;
aku try reply sikit demi sikit. thanks a lot again =);
.

March 24, 2011

GENTING;

dah beribu, mungkin berjuta kali aku mengalih jari dari pepetak huruf ni;
untuk membentuk suatu perkataan, lalu membentuk suatu karya;
pantas, tanpa lenguh;
genting
.
kala ini, aku masih terhimpit dengan kekangan masa;
mengejar waktu;
.
kerna ia sangat genting;
.
genting kerana aku bakal melengkapi seluruh pengajian;
dan genting kerana masa sudah sesak, 
hanya berbaki sedikit untuk meninggalkan dari apa yang sedang aku alami;
.
dulu memang aku tak sabar mahu melangkah meninggalkan keadaan ini;
tapi sekarang;
.
aku sudah mula merindui saat ini;
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.

March 15, 2011

PALINDROME;

.
.
ke depan atau terbelakang;
aku masih tegak, terpacak jadi alang;
.
.
keyboard yang kian hilang huruf;

March 10, 2011

SAMPAI MASA;

salam readers;
.
maybe entri ni agak lain sikit dari entri yang aku janjikan di bulan mac ni;
.
entri khas ni,untuk seorang kawan kampus yang telah kembali ke rahmatullah pada selasa lepas;
.
selasa lepas, memang selasa yang sangat hectic untuk aku sebab hari selasa kelas aku yang paling pack, dan dalam pukul 5.10 tu aku balik dari kelas, menyinggah kat cafe kejap. sembang-sembang dengan kawan aku sedar tak sedar dekat sini dah nak maghrib.
.
sampai je bilik, room mate aku bagi tau yang ada accident betul-betul dekat jalan keluar masuk kampus aku ni, kampus aku tak berapa besar sangat boleh di katakan mostly student aku kenal nak-nak kalau yang sama year dengan aku, bila aku tengok facebook memang aku kenal dan room mate aku pulak cerita yang dia nampak arwah dengan kawan dia ( yang drive ) tu baru nak gerak keluar dari tempat parking dalam jam 5;
.
cerita nya, hari tu arwah dan kawan (mereka berdua) nak pergi suatu tempat dekat sini, dan dalam perjalanan balik tu la accident tu jadi;(aku pun dengar cerita dari kawan-kawan aku)
.
bila aku fikir balik, kalau aku keluar awal sikit dari confirm aku pun mesti terserempak dengan arwah dan kawan dia sebab kalau apa-apa pun before nak balik hostel memang semua kena lalu dengan kawasan parking tu; room mate aku memang kejutan sebab dia nampak mereka berdua sebelum kejadian tu berlaku;
.
kita memang tak tau bila ajal nak sampai. sebabnya memang tak sangka, tak sampai lagi tiga bulan insyallah kami semua akan tamat pengajian. semoga kejadian ini jadi iktibar untuk semua. dan berhati-hatilah di jalan raya;
.
.
tanpa lupa, doakan supaya kesihatan kawan arwah kembali sihat dan pulih;
.
dan
.
AL-FATIHAH, buat saudari Soffinah bt Jasni.
 semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
.
AL-FATIHAH;
.
.:.sekian.:.
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
tak cepat sesaat, tanpa lambat sesaat pun ajal bila dan sampai masa;

March 06, 2011

SETIA;

.
di hujung garis timur itu kau, 
di sempadan sebelah barat ini aku;
.
tetapi;
kau dan aku tetap pandang bulan yang sama
.
.
.
 keyboard yang kian hilang huruf;

March 02, 2011

STATIK;

.
.
bintang setia terambal keluar cahaya dalam kelam, menunggu untuk di petik;
.
.
.
 keyboard yang kian hilang huruf;

February 28, 2011

TIADA TAJUK;

salam;

bulan march ni,blog aku bakal bersarang lagi di sebabkan kerja terbengkalai aku yang makin lama makin bertimbun, tapi aku dah buat beberapa entri auto published untuk bulan mac ni;
.
.
entri ayat sebaris dua je, entri bulan march adalah antara himpunan frasa yang aku buat sejak zaman berzaman,dari zaman sekolah menengah lagi, nasib baik la aku ada tulis dalam buku, (kadang-kadang aku rasa guna cara manual paling selamat); aku memang sangat obses dengan kata-kata walaupun apa yang aku belajar sekarang lebih ke arah teknikal;
.
kepada yang sudah singgah atau bakal singgah memang terima kasih aku ucapkan :);
insyallah, aku akan balas perlahan-lahan  );
.
terima kasih;
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
haha, aku rasa aku poyo je, adess;

February 24, 2011

JELAS;

salam;
.
.
jelas sekali dalam lingkaran kehidupan banyak pekara separa sedar yang buat kita kurang jelas;
kurang jelas atas dasar kita yang tidak mahu faham atau sebenarnya kita cuba untuk tidak faham, dan pada aku lebih denotasi bila katakan ada pekara yang tidak ada penjelasannya atau tidak perlu tahu penjelasannya;
.
.
merenung kembali pada lewat sekian garis kehidupan, sebab perlu lebih banyak pekara jelas buat hidup lebih kompleks, atau aku memangnya sang pemalas yang tidak mahu penjelasan terutama bila yang terlibat adalah kehidupan masa yang terlangkah ke belakang;
.
.
penjelasan yang memberi definisi luas yang terakibat perasaan bila mana libat kuasa silam yang pedih dan perit dan bila hubung dengan hati yang mudah rapuh dan kecai ia akan mudah terlerai;
.
.
ada manusia yang lebih senang bila kenal dengan manusia lain yang ingin tahu corak dan grid kehidupan dari sejak azali sampai apa yang terpegang kini; pada aku, lebih senang dengan apa yang tersaksi depan dua bebola mata aku;
.
kenal penjelasan dari buah butir orang lain, adalah sama sekali mahu terdasar kesahihan teramat sukar, 
terkadang yang melebih sudu dari kuah terhimpun; manakala mendengar penjelasan dari si punya cerita ada juga tambah tolaknya; walaupun ada isi penjelasannya masih tersadai tetapi citranya sudah kelam kabut;
.
.
penjelasan pada yang berlaku terutama apa yang terkebelakang ada kalanya sangat di perlu kerana penjelasan itu selalu jadi kunci terus terang terutama dalam hubungan kerana kelak tidak mahu ada masalah yang mendatang; pekara yang selayaknya di beri penjelasan harus  dan wajib di beri penjelasan yang teliti dan terperinci;
.
ada juga manusia yang sering lakukan sesuatu tanpa ada penjelasan yang mutlak dan pada aku apa yang sedang berlaku, sudah atau akan berlaku sememangnya sudah ada penjelasan yang tersendiri kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segalanya berbanding kita hamba yang hina;
.
.
sekian;
.
.:wassalam.:.

nota kaki;
 terima kasih pada semua yang datang :);