Pages

February 28, 2011

TIADA TAJUK;

salam;

bulan march ni,blog aku bakal bersarang lagi di sebabkan kerja terbengkalai aku yang makin lama makin bertimbun, tapi aku dah buat beberapa entri auto published untuk bulan mac ni;
.
.
entri ayat sebaris dua je, entri bulan march adalah antara himpunan frasa yang aku buat sejak zaman berzaman,dari zaman sekolah menengah lagi, nasib baik la aku ada tulis dalam buku, (kadang-kadang aku rasa guna cara manual paling selamat); aku memang sangat obses dengan kata-kata walaupun apa yang aku belajar sekarang lebih ke arah teknikal;
.
kepada yang sudah singgah atau bakal singgah memang terima kasih aku ucapkan :);
insyallah, aku akan balas perlahan-lahan  );
.
terima kasih;
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
haha, aku rasa aku poyo je, adess;

February 24, 2011

JELAS;

salam;
.
.
jelas sekali dalam lingkaran kehidupan banyak pekara separa sedar yang buat kita kurang jelas;
kurang jelas atas dasar kita yang tidak mahu faham atau sebenarnya kita cuba untuk tidak faham, dan pada aku lebih denotasi bila katakan ada pekara yang tidak ada penjelasannya atau tidak perlu tahu penjelasannya;
.
.
merenung kembali pada lewat sekian garis kehidupan, sebab perlu lebih banyak pekara jelas buat hidup lebih kompleks, atau aku memangnya sang pemalas yang tidak mahu penjelasan terutama bila yang terlibat adalah kehidupan masa yang terlangkah ke belakang;
.
.
penjelasan yang memberi definisi luas yang terakibat perasaan bila mana libat kuasa silam yang pedih dan perit dan bila hubung dengan hati yang mudah rapuh dan kecai ia akan mudah terlerai;
.
.
ada manusia yang lebih senang bila kenal dengan manusia lain yang ingin tahu corak dan grid kehidupan dari sejak azali sampai apa yang terpegang kini; pada aku, lebih senang dengan apa yang tersaksi depan dua bebola mata aku;
.
kenal penjelasan dari buah butir orang lain, adalah sama sekali mahu terdasar kesahihan teramat sukar, 
terkadang yang melebih sudu dari kuah terhimpun; manakala mendengar penjelasan dari si punya cerita ada juga tambah tolaknya; walaupun ada isi penjelasannya masih tersadai tetapi citranya sudah kelam kabut;
.
.
penjelasan pada yang berlaku terutama apa yang terkebelakang ada kalanya sangat di perlu kerana penjelasan itu selalu jadi kunci terus terang terutama dalam hubungan kerana kelak tidak mahu ada masalah yang mendatang; pekara yang selayaknya di beri penjelasan harus  dan wajib di beri penjelasan yang teliti dan terperinci;
.
ada juga manusia yang sering lakukan sesuatu tanpa ada penjelasan yang mutlak dan pada aku apa yang sedang berlaku, sudah atau akan berlaku sememangnya sudah ada penjelasan yang tersendiri kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segalanya berbanding kita hamba yang hina;
.
.
sekian;
.
.:wassalam.:.

nota kaki;
 terima kasih pada semua yang datang :);

February 19, 2011

ROSAK;

salam readers;
.
.
baru la ada masa untuk mengupdate blog, di sebabkan dah mula kembali kuliah so keadaan agak tidak membenarkan masa memberikan lebih tumpuan;
.
.
.
lagipun, bad news nya dekat dua tiga hari en.laptop kesayangan tidak dapat berfungsi dengan timbang rasa nya sebab hard disk aku rosak;
.
.
dan selamat la melayang duit aku tukar hard disk baru, dan nasib baik la aku dah back up awal projek aku dekat dalam dvd dengan hard disk kalau tak memang nanges aku;
.
even laptop ni on warranty lagi tapi nak pergi center dia bukan senang, jauh dan perlu kos lagi campur penat lagi, so aku decide nak tukar sendiri je;
.
abang yang tukar hard disk aku ni siap cakap, aku dah guna laptop aku macam sepuluh tahun lepas tu dia cakap aku punya hard disk bila dia goncang dah tukar jadi habuk;
.
adeiii;
.
aku ni memang la suka rosak kan barang, kalau nak di ikutkan ni laptop kedua aku sebelum ni zaman diploma laptop aku lain, bila degree lain pulak;
.
.
dan sejenak mengimbas balik, aku rasa kalau barang-barang berkaitan dengan elektronik ke gadget ke confirm memang tangan aku tak tahan;
.
.
dulu aku suka rosak kan handphone seingat aku sepanjang dari tingkatan empat aku guna handphone rasanya dah berbelas kali aku tukar, dan  handphone kali ni baru la tahan;
.
dulu dalam masa setahun aku tukar dekat tiga empat handphone sebab bukan aku saja-saja nak tukar;
.
sebab rosak;
.
.
kelemahan aku, aku tak boleh guna handphone flip ke slide ke, tak flip patah slide melayang entah ke mana;
.
berbalik pada laptop aku kali ni, sekali buat hal memang tak buat kecik-kecik;
.
sekali rosak dlu sebab motherboard, vga card pecah;
.
.
aku pun tak tau la kenapa aku ni ganas semacam sangat, kalau nak di ikutkan aku sentiasa berlemah lembut dan berhemah bila guna en.laptop ni dan nasib baik la warranty tak habis lagi;
.
kalau tak berpeluh nak bayar paling kurang RM700 tu;
.
segala benda dalam tu pun selamat dah, gambar-gambar zaman diploma, assignment terdahulu , portfolio, 
art work, lagu-lagu kesayangan dan movie aku semua dah takde;
.
.
dah la aku tak buat back up;
.
kesimpulannya, dari segala pengalaman aku kalau beli laptop sila lah extend warranty korang, serius sebab warranty sangat berguna, aku pun extend warranty sampai tiga tahun atleast waktu zaman belajar takde masalah;
.
even, kena bayar sikit tapi serius sangat berbaloi;
.
dan sila back up segala benda korang, especially gambar, artwork korang segala bagai;
.
kalau tak nak jadi macam aku semua memory tu takde dah;
.
.
sadis kot;
.
.
sekian;
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
tengah cuba selamatkan hard disk yang rosak itu;
.

February 11, 2011

CARI APA SAHAJA YANG HATI MU MAHU;

salam readers :);
.
entri ke87;
.
.
berangan-angan, bermimpi atau apa yang sinonim dan homo sapiens itu memang tidak dapat di sangkal;
.
.
.
salah ke kalau satu makhluk nama manusia itu berangan tinggi yang keluar sedikit dari lingkungan hidup untuk benteng jadi prinsip diri berjaya dalam hidup dia;
.
walaupun, sang manusia itu tahu tahap dirinya..;
.
sedar siapa dirinya yang banyak kekurangan;
.
.
tapi barangkali dia juga ada banyak kelebihan yang orang lain tak tahu;
.
.
terluas kah kata sukar yang tukar jadi masalah jika,
.
sang dia ingin melompat lebih tinggi dari level hidupnya;
.
mencari untuk mencapai tahap  maksima kehidupan impiannya sebelum nyawa di panggil semula;
.
juga mencari apa sahaja yang dia mahu selagi hidupnya masih bisa rasa neutral oksigen;
.
.
.
berangan-angan itu tidak gapai maksud dia bermimpi-mimpi di siang hari;
.
bercita-cita itu tidak bawa kata kamu sebenarnya buang waktu sisa hidup kamu;
.
.
tapi terpulang bagaimana membentuk ianya jadi realiti;
.
ringkasnya mudah;
.
pada aku, selagi boleh bermimpi dan selagi boleh keluarkan karbon dioksida;
.
.
peduli pandangan dan kata manusia lain, sebab mereka hanya sekadar berkata;
.
tukar buah butir yang keluar dari mulut mereka kepada rangsangan minda untuk capai mimpi itu :);
.
.

yang teramat penting selagi ia teguh berpaksi pada landasan-NYA;
.
.

hati juga jangan cepat rapuh andai impian itu terlalu tinggi untuk di capai;
.
kerana terselang apa yang di kejar juga sering tukar jadi angan-angan atau impian yang terdampar;
.
tapi yang penting ada usaha, dan bekal doa dan tawakal;
.
yang lain serah pada-NYA, sebab tiada yang lebih tahu melainkan DIA :);
.
cari apa sahaja yang hati mu mahu :);
.
.
sekian
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
tanpa lupa, aku juga seorang pemimpi tahap tinggi senantiasa :);
.

JAR OF HEARTS :);

salam readers;
.
lagi entri sebelum tidur;
.
layan cover version jar of hearts by maddi jane;
.
.
serius super cool smp seram aku dengar sebab suara dia serius best;
.
dan dia memang super talented :);
.
.

.
.
.
dan sila layan dengan hayati lirik dia ;);
.
.
memang feeling eh :);
.
hehe :);
.
.
ada banyak lagi cover version by maddi jane ni, aku dah tengok semua;
.
suara dia best betul :);
.
kalau, korang nak dengar yang lain klik dekat nama tu okay :)
.
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
insyallah, kembali pada entri berjiwa :);

February 10, 2011

ROFL:TYPICAL LOCAL FILM/DRAMA SCENES BY MATLUTHFI90;

salam readers;
.
.
pagi ni, aku ternampak satu link ni;
.
then bila aku  klik ternampak video ni;
.
.
kelakar gila, aku dengan room mate aku berguling-guling gelak;
.
.
.
(kredit youtube: pemilik video matluthfi90)
.
untuk lebih banyak video, klik pada nama tu okay :);
.
best.best, aku bakal khatam semua video dia ni :);
.
super best;
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki:
:);

February 08, 2011

INSTRUMENTAL;

salam readers;
.
entri sebelum aku tidur :);
.
entah kenapa malam ni rasa berjiwa kacau lak;
.
.
malam ni rasa nak dengar instrumental, tak kisah la dari musical instrument apa pun:);
.
.
.
heee :D :);
.
ni antara instrumental yang aku suka dan dengar lebih sepuluh kali :);
.
dan kebetulan kesemua nya datang dari cerita yang aku suka tengok :);
.
.



yang pertama:
ost selamat pagi cinta: violin instrumental :);



yang kedua:
syurga cinta: flute instrumental :); 



yang ketiga:
ketika cinta bertasbih: guitar instrumental :);


sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
sangat tertarik dengan ini :);

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI;

salam readers :);
.
.
.
entri kali ni nak join segmen anjuran blogger BEN ASHAARI;
.
mari la join beramai-ramai;
.
.
kalau nak join klik sini okay :);
.
.
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA??
.
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
:);

February 05, 2011

ARUS;

salam;
.
.
.
aku jenis manusia yang pegang pada go with the flow;
.
.
 selama ni aku asyik ikut je arus tu, sebab aku selalu cakap;
.

.
dekat mana aku tercampak di situ aku hidup;
.
tapi aku terfikir tak kan selama ni aku perlu aku ikut arus;
.
.
.
 salah ke kalau sesekali kita tentang arus itu dan dalam masa yang sama teramat penting hati kita kekal terpaku dengan DIA;
.
.
:);
.
.
.
sekian;
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
dan aku masih rasa tujuh warna itu :);
.

February 03, 2011

RINDU YANG TERLARANG;

salam readers;
.
.
entri pertama di bulan febuari;
.
.
serius tak de sangat idea nak update entri tapi sambil dengar lagu ni;
.
.
.
.
.
lagu ni memang membuatkan aku terkenang betul cerita lama-lama;
.
.
heeee :);
.
.
lagu ni memang dah jadi penduduk tetap dalam winamp aku;
.
.
mengingati bukan bermakna ada lebihan rasa itu lagi;
.
tapi sekadar mengingati orang yang pernah datang menyinggah hati;
.
.
.
seburuk mana si penyinggah hati yang tapi jejak tapaknya pasti sentiasa kekal di situ;
.
memang tak boleh nak tipu diri sendiri tapi tak tau la maksud itu boleh bawa kata rindu;
.
.
atau menipu perasaan itu sendiri dengan kata itu bukan rindu adalah lebih teruk;
.
.
jujurnya dalam tempoh dua tahun lebih aku sendiri tanpa ada teman sejiwa, konklusi rakan-rakan aku masih merindui bekas si peyinggah hati;
.
kata tidak itu memang sentiasa jadi jawapan dari mulut aku, dan aku memang zahirkan sekali dengan apa yang lahir dari hati aku;
.
.
entahlah;
.
secara konklusi aku memang sentiasa keliru dengan perasaan aku sendiri :);
.

.
sekian
.
.
.:.wassalam.:.

nota kaki;
ku puisikan rindu di hatiku;
ku harap tiada seorang pun tahu;
biar ku pinjam saja;
biar ku pendam sudah;
terlarang sudah rinduku padamu;
.
.