Pages

August 31, 2010

TAK BISA MENAHAN AIR MATAKU;

salam petang pada semua;
entah kenapa aku tak dapat nak tidur sangat semalam;
mungkin semangat nak balik kampung tu dah dekat sangat;
tak lama lagi,  aku terbang pulang;
semuanya yang nak aku bawak balik dah ada;
insyallah;
.
.
 sekali lagi aku cengeng;
seriously aku sangat terharu pasal semalam;
kenapa?;
selain aku dapat beratus ucapan selamat hari lahir;
dekat email;
facebook;
SMS;
dalam dewan semalam;
yang membuatkan aku dah cukup terharu;
(kredit pitcure: weheartit)
.
.
malam tadi, balik dari bandar;
lepas bukak puasa;
aku pun start balas komen-komen dekat facebook;
blogwalking;
clearkan email;
segala yang berkaitan;
.
.
room mate aku tak tau pergi mana;
balik je, dia cakap;
nah...ada orang bagi;
dia hulur dekat aku;
ada dua benda balut kertas warna merah;
aku tanya apa benda ni;
dia cakap tengok la;
bila aku bukak;
ada getah rambut;
dan ferrero rocher;
(kredit pitcure: google);
.
.
time tu jugak, aku rasa serius sebak;
thanks pada korang;
aku really appreciate;
sangat;
.
kemudian, aku SMS dorang ucap thanks;
ada salah seorang cakap;
dia mintak aku datang rumah;
nak suruh tengokkan lappy tak boleh nak connect internet;
aku cakap okay;
nanti aku pergi;
.
.
tak lama lepas tu;
room mate aku beria ajak;
jom teman dia pergi cari kertas warna purple dekat bilik member;
nak buat cover assignment;
erk..aku dengan tak mandi nya lagi tu;
aku cakap;
nanti aku mandi dulu;
basuh baju;
buat benda yang patutla;
.
.
dah settle semua;
bilik yang dia nak cari cover assignment sama bilik dengan kawan aku yang 
mintak tolong tengokkan laptop tu;
.
.
so, aku masuk tengokkan laptop ;
 try balik dah boleh connect;
aku dengan room mate lepak-lepak situ;
sebabnya kita orang memang rapat;
even dulu, waktu dekat kolej kediaman lama;
kita orang duduk satu level;
cuma sekarang kita orang duduk blok lain-lain;
.
.
tak lama lepas tu, tengah best sembang-sembang;
aku duduk membelakangkan pintu;
tiba-tiba dia orang nyanyi lagu happy birthday;
(kredit pitcure: weheartit)
.
aku ingat saja je kot;
bila aku pandang belakang;
kawan aku pegang kek coklat;
(kredit pitcure: weheartit)
.
.
seriously, lagi sekali aku terharu;
dekat situ jugak, ada sesuatu mengalir keluar dari mata;
.
.
terharu;
dan;
.
.
speechless;
.
.
ucapan, sambutan, hadiah;
.
.
aku memang kenang benda ni selagi hayat aku ada;
.
.
semua ni dah lebih dari cukup;
dan paling bermakna ingatan dan persahabatan ini;
.
.
thanks pada semua;
thanks atas ucapan, SMS, kek coklat, dua batang eyeliner,
 ferrero rocher, getah rambut biru dan kuning,
 kertas pembalut warna merah yang ada poem i need a friend;
dan semua pekara;
.
.
sesungguhnya aku tak bisa menahan air mataku;
(kredit pitcure: weheartit)
.
.:.wassalam.:.


nota kaki;
aku cengeng untuk pekara gembira;
:);

August 30, 2010

AKU & HARI MERDEKA;

salam readers;
kenapa entri aku kali ni berbunyi begitu;
.
aku;
hari ni setahun lagi umur aku bertambah;
30 Ogos;
 dan orang selalu tanya kenapa tak lahir 31 Ogos;
hehe..adei..mana la aku tau;
(kredit picture:weheartit)
.
.
bila time kecik-kecik dulu aku selalu nak besar cepat;
nah...secara tak sedarnya masa cepat sangat berlalu;
macam, baru semalam aku sambut ulang tahun kelahiran tahun lepas;
macam, baru semalam aku berada di bumi borneo ni;
macam baru semalam, aku graduate diploma;
masa sangat pantas berlalu;
(kredit picture:weheartit)
.
di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang wish;
thanks, atas ingatan korang semua;
thanks pada emak yang melahirkan aku;
thanks a lot;
aku memang sangat terharu;
ingatan dan ucapan tu sangat bermakna bagi aku;
.
.
hari merdeka;
esok 31 Ogos;
maksudnya dah 53 tahun negara kita
 Malaysia yang tercinta menyambut hari kemerdekaan;
pada setiap tahun hari kebangsaan ini disambut bagi menandakan yang negara kita 
bebas dari belenggu penjajah sejak tahun 1511 (sumber wikipedia);
aku rasa sangat bertuah di lahirkan di  bumi Malaysia;
tema hari kebangsaan tahun ni;
1 Malaysia Menjana Transformasi;
aku ucapkan;
selamat menyambut hari kemerdekaan pada semua;
(kredit picture:google)

sekian;

nota kaki;
i'm proud to be Malaysian;

August 29, 2010

TAG OLEH KHAIR ZAWAWI;

salam ahad pada semua readers;
entri hari ni, tag dari khair zawawi;
.
.
♪ Nama blog anda buat masa ini?
: nama blog, http://paradokshati.blogspot.com

♪ Anda rasa blog anda hebat?
:entahla, rasanya readers je yang boleh menilai;
belog, ni tempat aku ceritakan apa yang aku rasa dari perspektif aku sendiri;

♪ Benda yang anda sayang ?
:benda yang aku sayang;
rasanya, frame gambar yang ada gambar family aku;
dan pendrive yang mak aku bagi;

♪ Anda tengok waktu dekat mana ?
:handphone dan jam tangan;

♪ Web sesawang yang selalu anda jenguk ?
:facebook, yahoo, dan google;

♪ Letak TIGA hingga LIMA blog yang anda rasa 'BLOG HEBAT' .

.:.wassalam.:.

nota kaki;
:);

August 27, 2010

I WANT TO CONCRETE MY RESUME;

salam readers;
huhu;
mesti korang pelik dengan tajuk entri aku kali ni kan;
sebenarnya aku nak cerita kan pengalaman aku interview semalam;
sebagaimana entri aku sebelum ni;
aku mintak kerja as a 3D artist;
sebab itu je yang paling sesuai dengan resume aku yang tak seberapa tu;
(kredit pitcure: wehearit)
.
.
di sebabkan interview mula pukul 2;
so aku dan kawan-kawan pakat nak pergi awal;
sebab nak discuss sikit, and tukar ilmu pengetahuan;
dan buat review sikit;
konon-konon;
tapi bila dah sampai je, masing-masing sembang benda lain;
(kredit pitcure: wehearit)
.
.
bila tengok je interviewer masuk bilik tu, mula la rama-rama dalam perut;
interviewer panggil candidate pertama;
.
aku candidate kelima dari tujuh orang;
.
tak sampai sepuluh minit lepas tu, candidate pertama keluar;
.
.
sekejap gila;
then, candidate pertama cerita la;
jantung mula dah;
dup.dap.dup.dap;
aku dah la darah gemuruh sikit;
dah la english;
memang masak la;
.
.
then satu, persatu masuk;
.
tibalah giliran aku;
pergh..dah la pakai high heel 3 inci;
dengan ketinggian aku 161cm, walaupun tak bape nak tinggi sangat;
tapi aku rasa diri aku macam galah dah;
perlahan-lahan je aku jalan;
takut tergolek;
sebab sebelum tu dah terhuyung hayang jap;
.
.
masuk dalam bilik interview;
aku letak laptop depan interviewer,bagi salinan resume, dan sijil yang tak seberapa;
laptop untuk aku tunjuk hasil-hasil kerja aku;
yang tak seberapa tu;
nasib baik la ada;
sebab aku lupa nak buat portfolio;
.
.
aku duduk;
bila dia orang suruh;
(kredit pitcure: wehearit)
.
soalan pertama: tell about your background and your family;
aku pun mula la;
semua benda aku belasah;
cerita je;
dah la 100% english, segala vocab aku bawak keluar;
.
.
aku pun berhenti, rasa macam dah habis cakap;
then, tengok dorang senyap;
aku pun tambah-tambah lagi;
.
aku teringat nak cakap yang aku pernah attend satu course 3D ari tu;
entah la kenapa tiba-tiba aku nak show off pulak;
aku cakap;
i want to concrete my resume that i have attend a 3D courses..bla..bla..
.
bila dah habis cakap aku fikir balik;
apa da...aku cakap i want to concrete my resume;
patutla, dorang gelak-gelak je;
tu la akibat nervous terlampau;
(kredit pitcure: wehearit)
.
sebenarnya aku nak cakap, yang;
aku nak tambah lagi mengenai skill aku;
to concrete it, i have attend bla..bla;
ade plak aku boleh cakap;
i want to concrete my resume;
itu je yang terlintas waktu tu;
belasah je la;
.
.
soalan kedua: tell about your hobby;
memang aku belasah cukup-cukup jawab;
.
soalan ketiga: what do you understand about 3D artist;
perghh..nasib baik aku dah buat review;
aku belasah la;
3D artist actually doing a modeling, rigging..bla..bla;
gila aku merapu;
.
.
then, dia orang suruh aku cerita pengalaman waktu aku attend course 3D dulu, 
dan pasal video yang aku tunjuk dekat dorang;
aku pun cerita la semua;
pasal character, background model aku;
dan sekali lagi aku merapu;
.
.
lepas habis aku merapu;
then dorang cakap okay;
interviewer tu cakap you may go;
.
.
bila aku tengok jam, tak sampai sepuluh minit;
keluar je bilik memang lega kot;
hehe;
.
so far, aku rasa interview tu berjaya;
hehe..;
tapi tak boleh blah, macam mana la aku boleh cakap;
i want to concrete my resume;
.
.
apa-apa pun pengalaman ni memang cukup menarik untuk aku;
.
sekian;

.:.wassalam.:.

nota kaki;
i want to concrete my resume?;
hehe;
senyum sendiri bila ingat balik;

AWARD KEDUA & KETIGA;

salam pagi Jumaat semua;
hehe;
aku dapat award lagi;
iaitu;
.
.
.
.
dan dari;
iaitu;
.
.

Friendship award from
to the chosen one.


thanks pada korang;

sekian;
.:.wassalam.:.

nota kaki;
:);

August 26, 2010

AWARD PERTAMA;

salam readers;
dan selamat malam semua;
entri terakhir untuk malam ni;
setelah hampir sebulan aku berbelog, aku dapat first award;
award ni pun di tag oleh dya;
thanks untuk dya;
award yang aku dapat adalah;
.
.
.
.
.
.
hehe;
thanks again;
.
.
so, aku nak share award ni dengan;
.
.
ambil la award ye;
thanks :D
sekian;

.:.wassalam.:.

nota kaki;
seronoknya...heeee :D;

SAYA DAN AWAK;

salam semua readers;
alhamdulillah dah lepas dah interview;
sekarang tinggal keje yang bertimbun je;
insyallah before,pulang kampung halaman, siapkan;
hehe..;
aku nak kongsi dengan korang satu video;
enjoy okay;

(kredit:youtube;anamuslim12345);
.
.
sekian;
.:.wassalam.:.

nota kaki;
melupakan juga kadang benda paling baik;

PERCUBAAN PERTAMA;

salam readers;
kebelakangan ni tak dapat nak update entri yang best;
cerita cinta aku pun masih dalam draft;
insyallah, tak lama lagi akan publish;
lagipun, serius banyak benda nak settle before 2 september;
erm...hari ni, aku ada interview pukul 2 kejap lagi;
(kredit pitcure: weheartit)
.
.
walaupun interview ni, depan pensyarah aku je;
tapi nervous;
(kredit pitcure: weheartit)
.
ni first time kot, aku interview seumur hidup;
 aku mintak position as 3D artist;
3D artist je yang rasa sesuai dengan aku dalam banyak posisi yang di tawarkan;
.
.
memang cuak;
semalam sempat gak aku review pasal modeling, rigging;
semua benda tu la;
serius aku dah lupa;
bila aku check resume aku;
rupanya, sepanjang dah 2 tahun aku duduk sini;
aku tak involve apa-apa aktiviti pun;
tu la, malas sangat;
sekarang padan muka diri sendiri;
yang boleh kukuhkan resume, sebab aku pernah attend satu course 3D dulu;
apa-apa pun;
wish me best of luck;

sekian;

nota kaki;
banyak rama-rama dalam perut;

August 23, 2010

PRINCESSQISH GIVE AWAY OR CONTESTS;

salam readers;
kali ni aku nak join contest or giveaway dari princessqish;

PrincessQish
syarat pertama: banner; 
.
syarat kedua: jadi follower; 
it's me: paradokshati;
.
.
syarat ketiga: tema blog; 
bab tema blog susah sikit nak cerita, FYI dan pada yang tau, tagline blog aku INI KATA HIDUP;
tagline ni membawa maksud apa sebenarnya tema blog ni;
blog ni lebih kepada mencurahkan sesuatu yang peribadi atau lebih tepat tentang perspektif dari aku mengenai kehidupan yang aku sedang alami dan pekara di sekeliling aku;
selain itu, blog ni jugak jadi tempat aku, keluarkan idea aku especially dalam bidang penulisan;
.
.
syarat keempat: apa yang aku suka;
 secara general nya, kalau nak sebut benda yang aku suka;
terlalu banyak; tetapi secara ringkas apa yang aku suka pertama: adalah buku dan gambar;
impian aku satu hari nanti, aku dapat publish buku tulisan aku sendiri dan;
 jadi seorang freelance photographer dan backpackers around the world :D (harap tercapai);
.
.
syarat kelima: tag;
aku tag;
tiha

sekian;
.:.wassalam.:.

nota kaki;
contest ketiga;

August 22, 2010

NAMPAK SENANG, TAPI...;

salam ramadhan semua;
langsung ke titik (direct translation untuk straight to the point);
hehe;
.
okay;
entri kali ni;
 aku nak ceritakan sedikit pengalaman selama 2 hari aku menjadi cikgu;
sempena projek e-community yang aku ceritakan pada post yang sebelum ini;
.
.
seperti yang aku cerita sebelum ni, group aku organize satu bengkel untuk 30 orang student dari matrikulasi;
iaitu, bengkel adobe photoshop;
(kredit:google);
.
.
bengkel ni selama dua hari;
okay;
hari first (sabtu) jam 9 - 4.30 petang;
pagi-pagi lagi aku bangun dengan semangatnya;
semangat yang nervous;
serius sangat nervous;
aku ni nak mengajar, sedangkan presentation biasa pun dah cukup banyak rama-rama dalam perut;
aku memang tak pandai public speaking;
nak cakap depan orang ramai, sangat shy-shy cat;
tapi, di sebabkan aku memikirkan ni untuk latihan industri;
aku memberanikan diri;
dan inilah masanya untuk aku baiki public speaking aku;
(kredit:google);
.
group aku ada 6 orang, so kita orang bincang ada 3 slot nanti;
setiap slot conducted by pair;
fuhh..lega dah sikit waktu tu, ada member;
and then, aku dan partner telah berjaya mengambil slot yang pertama;
gulp...serius aku cuak;
aku dan partner aku, kena ajar pasal pallete, toolbox, segala benda tu;
(kredit:google);
.
memang nampak senang;
tapi susah;
dah la ilmu aku dengan photoshop takde la banyak mana;
setakat sikit-sikit tu bolehla;
.
.
memang hari first sangat mencabar, sampai je dekat matrikulasi tu;
bila aku pandang dorang, mampu ke aku nak buat semua ni;
mula-mula tu busy la, masing-masing install;
ada pulak yang tak dapat nak install;
macam-macam la;
.
then, dah settle semua tu, tiba lah giliran aku;
perghh...memang nervous.;
aku yang kena terang, kawan aku demo every single part;
ayat first, gelabah sampai tersebut entah apa-apa;
then, lama-lama aku rasa selesa;
best pulak;
tapi bila tengok student ada yang muka tak paham, sembang-sembang ke, tak concentrate ke;
adeii..rasa, bosan ke kita orang ni;
waktu tu baru aku faham perasaan seorang cikgu,
bila nampak ada student dia buat pekara yang sama;
(kredit: weheartit)
.
.
slot kedua dan ketiga;
di isi oleh kawan-kawan aku yang lain;
so siapa yang tak mengajar dekat depan kena tengok-tengok;
kot-kot ada yang tak dapat;
lenguh kaki berdiri;
yang mana dorang tak paham tu, dorang tanya;
dan alhamdulillah aku dapat jawab;
kalau tak dapat, aku panggil je kawan aku;
hehe..;
semuanya berjalan lancar untuk hari pertama;
balik bilik;
bukak puasa;
buat apa yang patut;
baring dan tidur;
sangat penat;
.
.
hari kedua;
kita orang dah tak mengajar;
semua student kena aplikasi semua benda yang kita orang ajar semalam;
buat simple poster;
then, dorang kena present;
sebab kita orang buat macam competition la, siapa yang the best;
kita orang bagi hadiah;
kita orang tolong mana yang dorang tak paham;
.
.
tiba la time presentation;
macam-macam poster kita orang dapat;
memang beyond from our expectation;
sangat menarik;
tak sangka, ramai yang berbakat;
kalau boleh nak pilih semua, semuanya best;
tapi tu la, hadiah satu je;
kita orang decide winner, dari segi penggunaan tools yang dorang aplikasi dalam
poster based dari kita orang ajar semalam;
.
.
berpisah sudah;
bila kita orang tanya, macam mana kalau kita orang punya performance;
dorang cakap best,;
dan kita orang tanya lagi, kalau kita orang buat lagi dorang nak join ke;
dorang cakap nak;
waktu tu la paling best;
.
.
konklusi yang boleh aku buat;
siapa cakap jadi cikgu dan apa kaitan dengan perkerjaan mengajar ni senang;
susah;
especially, kita nak mencapai objektif tu;
bila kita dah berjaya, dan reaksi dorang positif;
waktu tu rasa, hilang semua penat kita orang;
mengajar tu amanah;
kalau boleh biarlah ilmu yang serba sedikit ada pada kita orang itu sampai;
aku sangat puas hati + enjoy :D
.
sekian;
.:.wassalam.:.

nota kaki;
pada semua student;
korang memang best;
sampai jumpa lagi;
:);

August 20, 2010

SELAMAT BERBUKA :)

salam pada semua readers;
kesempatan ni nak ucapkan selamat berbuka;
aku dah selamat dah berbuka;
hehe;

 aku duduk dekat kepulauan borneo;
so pukul 6.30 tadi dah selamat dah;
alhamdulillah;
menu tadi;
.
nasi kerabu;
+
air sunquick;
 picture ehsan: google

selamat berbuka :)

.:.wassalam.:.

nota kaki;
jangan lupa terawih okay :)

August 19, 2010

INI SERIUS;

salam readers;
seriously aku memang busy betul sekarang dengan assignment yang mengalahkan 
rak-rak dekat pasar raya;
dengan FYP;
dengan kuiz;
dengan mid-term;
dengan group project;
dengan meeting;
nak jumpa supervisor lagi;
(konon-konon begitu busy nya aku tapi sempat lagi blogging)
tak sabar eh, nak habis belajar;
.
.
sabtu ahad ni pun aku involve dengan satu community project dekat sini;
 buat bengkel untuk ajar adobe photoshop;
aku bukan nya pandai sangat bab-bab photoshop ni;
dah bape lama tak praktis;
baru-baru ni je, adobe photoshop ni di install;
tu pun tak habis belajar lagi;
.
.
.
tapi memikirkan aku akan balik pada awal september nanti;
cuti dua minggu kot;
hehe..;
membuatkan aku makin bersemangat nak habiskan semua kerja yang tertangguh;
 .
.
insyallah kalau, aku free aku akan  update cerita cinta aku yang ketiga;
selepas 
dan 
.
.
idea pun dah banyak ni, cuma tinggal masa untuk susun ayat;
.
.
sekian;

nota kaki;
wish me luck;

PERADUAN COPY & PASTE;

salam readers; aku nak cuba nasib untuk contest ni pulak;
hehe..wish me luck :)
.





Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com







Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

August 17, 2010

AKU DAH TERJANGKIT. ADEI...;

salam ramadhan semua;
hehe..sorry sebab tak dapat nak update entri;
ke-busy-an melanda;
dengan assignment, tambah lagi dengan FYP;
adeii..penat, tak sabar nak balik rumah cuti mid sem ni;
nak merehatkan kepala otak yang serabut;
tapi sambil aku menyelesaikan semua tugasan (poyo je)
aku dengar lagu;
aku bukanlah peminat Korea tegar; macam-macam tu je;
 tapi cuti sem bulan 5 hari tu adik aku, melayan lagu Korea;
lagu tu pun best;
aku layan sekali;
lagu;
  Love Lights;
yang nyanyi group;
CN Blue;
(ehsan:youtube)
.
.
then balik kat sini, aku dengar lagi;
untuk entah bape ribu kali dah kot;
hehe..;
sedap lagu tu;
aku memang dengar sampai jemu;
tapi tak jemu-jemu lagi;
kali ni aku dah terjangkit dengan;
lagu;
Bonamana;
yang nyanyi group:
Super Junior;
(ehsan:youtube);
.
.
yang dasyatnya;
sampai room mate aku pun sama terjangkit;
dekat bilik kita orang ni dok pasang lagu ni je;
ni pun tengah dengar lagi ni;
adeii la;
.
.
aku ni memang la selalu lambat kalau bab-bab lagu ni;
orang lain dah nak tukar lagu lain;
aku baru nak dengar;
tak kisahla;
.
apa-apa pun memang best kot;
nak- nak dorang menari;
aku pun rasa nak join sama;
dan dorang tu kacak membunuh (lalalala);
hehe...
.
.
.:. wassalam.:. 

nota kaki;
lagu nasyid favourite aku;
wanita dari dehearty;
(ehsan:youtube);

August 15, 2010

KAPAL TERBANG KERTAS ITU;

salam kata;
hari ni aku nak sediakan satu entri yang berbaur emosi;
saja nak feeling2 sikit tengah hari ni;
cerita ni dah lama sebenarnya;
.
.
entri bermula dengan;
.
seorang perempuan duduk dekat atas bench berhampiran dengan playground;
sambil tu dia lihat kanak-kanak bermain;
seronok jadi kanak-kanak;
tak payah fikir apa-apa;
dia alih pandangan ke kiri;
dia terpandang sepasang kanak-kanak tepi longkang;
yang lelaki pakai baju Ultraman;
yang perempuan pakai dress pink;
budak lelaki tu macam nak ambil satu benda dalam longkang;
yang budak perempuan jenguk-jenguk takut;
dia bangun dan pergi pada sepasang kanak-kanak tu;
rupa-rupanya kapal terbang kertas dia orang jatuh dalam longkang;
dia tolong ambilkan;
bila dia dah ambilkan mereka dah tak nak sebab kapal terbang kertas tu dah separa basah;
dia pandang kapal terbang kertas dalam pegangan tangan dia;
kapal terbang kertas itu ingatkan dia tentang satu cerita;
.
,
cerita tentang dua orang yang berbeda jantina;
dan kapal terbang kertas juga;
.
lelaki ini Z dan perempuan A;
sang lelaki dan sang perempuan yang berkawan baik sejak umur angka tujuh;
mereka pergi sekolah yang sama; 
mengaji tempat yang sama;
main teng-teng sama-sama;
kalau main masak-masak A jadi emak, Z jadi ayah;
kalau Z main bola, A jadi cheerleader;
.
perkenalan dengan hanya sekeping kertas yang belah dua;
terus tukar jadi teman, sahabat, rakan, kawan dan segala kata yang sinonim;
.
.
cerita bermula dalam darjah satu;
A pindah sekolah Z sebab ayah A kena tukar tempat kerja;
lepas je ayah A hantar dekat pintu kelas;
cikgu suruh A duduk sebelah Z;
sebab itu je tempat kosong yang ada;
A tak kisah duduk dengan lelaki;
adik beradik dia pun semua lelaki;
.
.
first day masuk sekolah, A hanya bawa diri, dan beg kosong leper;
yang ada kotak pensel je;
cikgu pun tak kisah sebab itu hari pertama dia;
A dengar cikgu mengajar;
dan Z ajak A kongsi buku teks;
.
.
hari tu ada subjek pendidikan seni;
cikgu ajar buat origami;
buat sampan;
buat burung;
buat katak;
buat kapal terbang;
lepas tu cikgu suruh buat origami masing-masing;
.
.
A pandang kiri kanan, semua orang dah mula buat origami sendiri;
Z tengok A;
dia tau yang A tak da kertas;
dia belah dua kertas dia;
sebelah dia bagi A;
A ucap terima kasih;
dan mula buat origami;
.
.
habis pendidikan seni;
A pulangkan balik separuh kertas tu;
tapi dah jadi bentuk kapal terbang;
A cakap ini tanda ucapan terima kasih;
sebab kertas ni;
atas kejadian itu mereka jadi kawan;
yang sangat akrab;
.
.
masa terus berlalu, akhirnya tak sedar mereka jadi teman sebelah;
dari darjah satu sampai darjah enam;
.
habis sekolah rendah;
mereka berdua dapat keputusan cemerlang dalam UPSR;
Z dapat MRSM, A pula dapat sekolah sains;
tapi mereka decide nak terus sama-sama;
pergi sekolah menengah yang sama;
.
bila masuk tingkatan satu;
mereka masih satu kelas yang sama;
dan masih lagi duduk berdua;
tapi bila masuk sekolah menengah;
persepi remaja dah lain;
bila rapat berdua berlainan jantina;
mesti orang cakap couple;
hakikatnya mereka kawan baik;
sebab tak nak orang cakap bukan-bukan mereka tukar tempat duduk;
masih sebelah menyebelah tapi bezanya terpisah dengan satu laluan;
.
.
mereka terus macam tu sampai tingkatan lima;
akhirnya dah SPM
.
.
last paper SPM, sebelum balik rumah;
dia orang janji nak jumpa untuk kali terakhir;
sebabnya A nak pindah;
.
.
habis je, last paper A rushing balik;
sebab dia nak tolong family dia kemas barang;
tapi dia teringat janji dia dengan Z;
dia tunggu Z dekat tempat biasa;
.
.
lepas dua jam tunggu, Z tak datang;
dia rasa marah;
tapi dalam masa yang sama dia tak sedap hati;
dia balik macam tu;
.
.
sampai dekat rumah mama bagi tau yang Z accident;
A terpaku;
ni jawapan kenapa dia rasa tak sedap hati;
dia terduduk;
air mata mengalir;
.
.
mereka sekeluarga bergegas pergi hospital;
sampai hospital;
mama Z bagi tau yang Z dah kritikal;
kemudian mama Z hulur pada A sekeping kertas;
bentuk kapal terbang;
yang ada kesan darah;
mama Z cakap Z genggam kertas ni, dan sebuat nama A;
dia kenal kertas itu;
kapal terbang kertas yang dia bagi waktu mula-mula dia orang kenal dulu;
sepuluh tahun dulu;
dia bukak kertas tu;
dan dia ternampak satu conteng yang tulis;
.
.
kau lebih dari seorang kawan;
aku sayang kau;
 .
.
air mata A mengalir laju;
A tau;
dia pun rasa benda yang sama;
tapi sebabkan mereka dah macam adik beradik;
dia abaikan rasa itu;
.
.
tiba-tiba doktor bawak khabar yang Z koma;
pandangan A gelap, dia rebah, tapi masih genggam kapal terbang kertas tu;
 .
perempuan tadi rasa, peha dia di cuit;
sekaligus mematikan segala kisah yang berputar dalam otak;
dia pandang bawah;
budak lelaki baju Ultraman dan budak perempuan dress pink tadi;
budak perempuan dress pink hulur dia satu kertas;
bentuk kapal terbang;
budak lelaki itu, tunjuk arah kanan;
kemudian mereka terus lari;
perempuan tu menoleh;
ada satu figura;
.
dia kenal lelaki itu;
dia senyum;
lelaki itu menuju arah perempuan itu;
sampai depan perempuan tu dia hulur lagi kapal terbang kertas;
tapi kali ni kapal terbang kertas yang conteng;
Z sayang A sampai bila-bila;

.:. wassalam.:.

nota kaki;
kalau ada jodoh tak kemana;